Jadi isteri kedua, pengantin umur 18 tahun bahagia bersanding dengan ‘madu’
Umum semua tahu bahawa jodoh merupakan antara rahsia Allah S.W.T yang sukar untuk dijangka bila ia akan tiba.
Sejak beberapa hari ini, tular di aplikasi TikTok seorang remaja perempuan berkongsi momen bahagia apabila disunting menjadi seorang isteri oleh suami tercinta.
Jadi isteri kedua
Namun, pengantin perempuan yang baru berusia 18 tahun itu terlihat bahagia apabila menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki berusia 34 tahun.
Perkongsian daripada @AliyaMysara3 telah menarik perhatian netizen kerana dia turut bersanding bersama madunya yang mengenakan busana sedondon berwarna biru!
@aliyamysara3 maduku💚 #fpy #terengganukite #johorbahru #kawinpkp
Bersanding dengan isteri pertama suami
Dalam kapyen yang disertakan di video-video TikTok, Aliya mengakui perkara itu dan tidak menjadi masalah buat mereka. Dia juga sempat berharap agar warganet dapat mendoakan kebahagian mereka sekeluarga didunia dan diakhirat.
@aliyamysara3 Yaa 18 tahun, maduku 26 Tahun, Suami 34 tahun. Doa yg terbaik untuk kami😘☺️ semoga kami bahagia hingga akhir ayat❤️#fpy #pengantinpkp2021
Semoga dapat jaga suami sama2
Selain daripada itu, pengantin muda berkenaan juga sempat menitipkan pesanan buat madunya supaya mereka dapat sama-sama menjaga suami tercinta sambil menyertakan video bersanding dengan isteri pertama suaminya.
@aliyamysara3 Kita sama-sama jaga suami kita insyaAllah amin🤲🏻🤲🏻💚 #fypシ #fypp #pfypシ #terangganutrip #johor #kitabaikramaiorangsayang
Madu dia yang pinang sendiri tau
Perkongsian yang dibuat oleh Alia Mysara itu telah memperoleh pelbagai maklum balas daripada warganet. Walaupun ramai yang agak terkejut dengan perkahwinan mereka, namun rata-rata mendoakan supaya keluarga ini terus bahagia hingga ke akhir hayat.
Madu dengan madu ngam!
Untungla suami dia
Kita yang tentukan pilihan kita sendiri
Poligami bukan salah pun
Tahniah, selamat pengantin baru
Sumber: OMM, AliyaMysara3