Jadi bahan membawang netizen ‘Mat Salleh, Wak Doyok kekal tenang terima kritikan

Jadi bahan membawang netizen ‘Mat Salleh, Wak Doyok kekal tenang terima kritikan

Difahamkan, netizen luar negara mula membahan Wak Doyok selepas gambarnya bersama sebuah kereta dimuat naik oleh pengguna Facebook dalam group ‘Upbadge Slutshaming‘.

Screenshot 2021-02-26 at 12.44.52 PM

SUMBER: FACEBOOK

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen luar negara mengatakan bahawa ‘setup’ Wak Doyok bersama kereta dan juga pistol tersebut serba serbi tidak kena. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Wak Doyok peminat Iron Man dan membuat tempahan Iron Man tetapi yang datang hanyalah Wak Doyok.

 

Teruk dihentam netizen luar negara, perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen Malaysia. Rata-rata netizen berasa terhibur dan juga kasihan kerana Wak Doyok dijadikan bahan membawang netizen luar negara.

Wak Doyok yang mengetahui akan dirinya viral sehingga ke Amerika Syarikat kekal tenang dan menerima kritikan dengan berlapang dada. – TV