“Itu mak kau bodoh, bebal..” – Wanita dikutuk ‘makcik bawang’ gara-gara tak minta hantaran

“Itu mak kau bodoh, bebal..” – Wanita dikutuk ‘makcik bawang’ gara-gara tak minta hantaran

 

Segelintir orang tidak menitik beratkan sangat tentang jumlah hantaran kerana mereka lebih mementingkan ikatan sah dan kehidupan baru selepas melangkah ke bahtera perkahwinan.

Namun begitu ada yang terlalu mementingkan kewangan dengan menetapkan harga tinggi untuk hantaran.

Masing-masing ada pandangan tersendiri, tak bermakna kalau berlainan pandangan kena condemn, macam wanita  dari TikTok ini, dia sampai dikutuk dan dihina gara-gara tidak mengenakan hantaran semasa berkahwin dahulu.

Kisahnya apabila wanita ini bertemu dengan seorang makcik di surau, ketika mereka asyik bersembang timbul lah satu isu mengenai hantaran, mak cik tersebut dikatakan ada bertanya kepadanya berkenaan dengan nilai hantaran di Terengganu.

Wanita ini menjelaskan bahawa dia tidak tahu kerana semasa dia berkahwin, dia tidak meletakkan sebarang hantaran kerana tidak mahu membebankan pihak lelaki, namun begitu makcik tersebut bagi respon dengan kata-kata biadap yang telah mengguris hati wanita ini.

@teacher_ninja

salah ke kalau family saya tak tetapkan hantaran. mak ayah saya selalu pesan jangan membebankan pihak lelaki. bagi semampunya saja.

♬ original sound – 🐌 Teacher Ninja 🐌 – 🐌 Teacher Ninja 🐌

Wanita ini menzahirkan rasa sedih kerana hinaan yang diberikan kepada ibunya hanya disebabkan tidak mengenakan jumlah hantaran.

Perkongsian ini telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya menyebelahi wanita ini dan rata-ratanya mengamalkan konsep yang sama seperti wanita ini.

Hantaran

Hantaran 2

Screenshot 2024 06 28 135005

Haih, kalau ya pun tak perlu nak condemn orang sampai macam tu, nak cakap dalam bentuk gurau sekalipun, memang tak patut.