Isu marketing guna duit palsu, geng TikTok buat laporan polis terhadap influencer & founder produk

Isu marketing guna duit palsu, geng TikTok buat laporan polis terhadap influencer & founder produk

 

Tindakan kurang bijak seorang influencer dan founder produk membuat marketing dengan menjadikan isu duit palsu sebagai modal promosi baru-baru ini sememangnya sukar diterima.

Marketing sampah

Mana tidaknya, dia dan founder produk yang sakan bergaduh mulut telah menipu warganet dengan pura-pura menerima serta memberi duit palsu bagi menarik perhatian orang ramai.

Selepas beberapa hari isu tersebut menjadi sebutan, influencer tersebut telah memaklumkan yang ‘drama’ sebelum ini memang marketing mereka dan masing-masing telah membuat perjanjian untuk melakukan hal berkenaan.

@dayahae__

Rupanya marketing kes duit palsu😥 #duitpalsu @jamumall_hq @puteriisarii

♬ suara asli – gabut woi

Buat laporan rasa undang2 dipermainkan

Disebabkan ramai yang rasa tertipu, beberapa pengguna TikTok telah tampil menyelar tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh dua pihak terbabit dan ada juga yang membuat laporan polis ke atas mereka.

Memetik portal OMM, menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun TikTok dikenali sebagai @ciksharina, seorang wartawan menggelarkan dirinya Azrul Affandi Sobry telah membuat laporan polis berhubung isu dua individu itu kerana ‘bermain’ dengan duit palsu.

@ciksharina

Please la nak buat sesuatu jgn menyusahkan org!Nak naik nama sekali pun profesional la.. abg @penceritatv bagi buka mata semua tiktokers👍

♬ original sound – 🐅Mizz Nina🐅 – 🐅Mizz Nina🐅

Ada juga yang bersuara

Dia juga menyeru pengguna-pengguna TikTok untuk turut membuat laporan polis terhadap dua wanita tersebut kerana seakan mempersendakan undang-undang negara dan juga Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sesuka hati membuat konten tentang duit palsu yang terang-terang satu jenayah.

Video live yang dimuat naik kembali oleh akaun @ciksharina itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Azrul Affandi Sobry.

Nak main2 sangat kan

Ada yang dah buat report juga

Nampak macam diorang permainkan PDRM

Bagus macam ni, report je

Dari kawan jadi lawan

Menjengah ke akaun TikTok influencer dan founder produk itu, masing-masing dilihat sakan berbalas kenyataan dan saling menyalahkan berhubung isu viral ini.

Hal ini susulan perjanjian mereka berkenaan drama marketing terbabit seakan menguntungkan hanya sebelah pihak dan sedang dalam usaha menyelesaikan kemelut yang mereka cipta sendiri sehingga membawa kepada laporan polis.

@puteriisarii

#stitch with @Whitekish.com Harap Beri Semua Bukti Bersama Di BALAI #duitpalsu #sitijamumall #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp

♬ original sound – Puteri Sari – Puteri Sari

@whitekish.com

Tunggu esok siti live

♬ original sound – Whitekish.com – Whitekish.com