Isu hamilkan wanita belum selesai, nama Aniq Suhair kembali ‘panas’

Isu hamilkan wanita belum selesai, nama Aniq Suhair kembali ‘panas’

 

Sebelum ini, tular isu seorang wanita mendakwa pelakon muda, Aniq Suhair telah menghamilkan dirinya.

Namun, tidak lama selepas itu wanita tersebut tampil dengan permohonan maaf dan berkata bukan niatnya untuk menjatuhkan reputasi pelakon tersebut.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini wanita tersebut kembali mendedahkan sisi hitam Aniq Suhair yang seolah-olah ‘lari’ dan tidak bertanggungjawab.

@aifanbila1

@mStar Official @OHBULAN! @Oh My Media @Gempak

♬ Sedih Galau – Ercandra

Dimanipulasi & disuruh bersihkan nama?

Dalam beberapa video di akaun TikTok @aifanbila1, wanita itu menemplak kembali Aniq yang dikatakan tidak bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, wanita itu mengakui dia telah dimanipulasi oleh Aniq dan disuruh untuk membersihkan nama baik.

Dia berkata gambar tersebut adalah bukti mereka berjumpa di balai polis bersama peguam Aniq Suhair.

Aniq 2

Dituduh buat fitnah

Dalam video yang lain, wanita itu berkata Aniq masih lagi menuduhnya membuat fitnah sedangkan statement Aniq di Instagram telah pun dipadam.

Kalau aku fitnah, kenapa kau delete statement kau dekat IG? Mana bukti report polis dan surat lawyer kau? Mana ‘surat saman’ sebab aku fitnah? Memang takde pun tapi disebabkan janji2 kosong dia pada awal.

Aniq 9

Bapa kepada 3 anak?

Lebih mengejutkan, satu tangkap layar chat wanita itu dengan Aniq memaparkan pelakon tersebut seolah-olah mahu ‘lari’ dan tidak mahu bertanggungjawab.

Aniq berkata kepada wanita itu dia telah mempunyai tiga anak dengan orang lain.

Aniq 5 1

Bagi mendapatkan pengesahan bapa kepada kandungan itu, wanita tersebut ada meminta Aniq wang untuk melakukan ujian DNA, namun Aniq sekeras-kerasnya mengelak untuk berbuat demikian.

Dia tak nak buat DNA test dari dulu sebab dia memang tak nak evidence and never willing to beresponsible pun.

Konon take responsibility

Wanita itu berkata pelakon tersebut juga kononnya mahu bertanggungjawab selepas pulang dari Mekah namun sampai sekarang masalah tersebut masih belum selesai malah dia juga dihalau ketika datang ke rumah Aniq.

Aniq 1

Walau bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada lagi penjelasan daripada pihak Aniq Suhair mengenai isu ini.