Isu bebanan beg sekolah belum selesai, ibu kongsi video anak angkut beg berat naik tangga!

Isu bebanan beg sekolah belum selesai, ibu kongsi video anak angkut beg berat naik tangga!

 

Nampaknya sesi persekolahan bagi tahun 2022 sudah bermula setelah lama menjalani sistem pembelajaran di rumah, PdPR. Bila sudah kembali ke sekolah, rupa-rupanya anak-anak masih lagi terbeban dengan membawa lambakan buku teks di dalam beg sekolah seperti zaman dahulu. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan murid yang terpaksa mengangkat beg sekolah tersebut perlahan-lahan jika kelas berada di tingkat atas.

Seperti perkongsian di laman Facebook menerusi Mohd Fadli Salleh apabila seorang ibu berkongsikan sebuah video untuk tontonan ramai mengenai anaknya yang sedang ‘angkut’ beg sekolah ke tingkat atas sekolah. Kalau dilihat di dalam video tersebut, boleh undang risiko rosak tulang belakang!

BEG SEKOLAH BERAT, PENUH DENGAN BUKU TEKS!

Seorang ibu hantarkan aku video ni. Video anak dia sendiri ni, bukan main cedok ikut suka. Ibu dia cakap,

“Cikgu tolong share dengan orang atasan hal ni. Share sampai kat Yang Dipertuan Agong pun tak apa. Biar ada tindakan. Kesian anak saya, dah la perempuan, badan kecik lagi”.

Okey kawan-kawan. Jom share biar sampai Agong pun tahu hal ni. Biar ada tindakan segera. Ni bukan isu kecil. Ini melibatkan kesihatan anak-anak kita. Ada kajian sains mengatakan ia boleh menyebabkan kerosakan kekal tulang belakang akibat pikul bebanan berterusan setiap hari. Bahkan dah ada beberapa bukti dari kawan-kawan tentang masalah anak belakang mereka dipercayai pikul beg berat. Sebenarnya senang je nak settlekan masalah beg berat ni.

1. BUKU TEKS TINGGALKAN DI SEKOLAH

Tu ja cara paling cepat, paling pantas, paling berkesan. Banyak sekolah wujudkan locker dan almari di kelas untuk murid tinggalkan buku teks. Awal-awal ja berkesan cara tu, kemudian semua tak nak letak sebab buku anak mereka hilang, rosak koyak, dan seumpamanya. Itu punca locker atau almari kat sekolah tak berjaya.

KERANA SETIAP BUKU ADA PEMILIK BERDAFTAR DAN PERLU PULANGKAN SETIAP TAHUN. BILA ROSAK, MEREKA YANG KENA GANTI. PEMILIKAN buku ini punca orang tak nak tinggalkan buku di sekolah. Mereka tak nak buku anak mereka hilang dan rosak, seterusnya mereka pula kena beli lain dan ganti. Dah beli lain dan ganti, hilang lagi dan lagi. Penat weh main gini. Sebab tu TAK BERJAYA sebelum ni.

Apa kata lepas ni semua sekolah di Malaysia BUANG HAK PEMILIKAN itu. Makna kata, semua buku teks adalah milik sekolah, bukan milik mana-mana murid/pelajar. Jadi tak ada isu buku hilang, rosak dan sebagainya. Sebab tiada hak pemilikan. Jika rosak, hilang itu hak sekolah dan sekolah je yang ganti lain.

Macam program tasmik, Al Quran elok je tinggal dalam kelas. Tak ada hilang, tak jadi isu murid kena pikul ke sekolah.

Bahkan banyak sekolah swasta buat hal serupa. Buku teks milik sekolah dan ditinggalkan dalam kelas. So murid bawa buku latihan sahaja setiap hari. Ringan lebih dari 60% tau.

ISU BEG SEKOLAH BERAT MASIH TIADA SOLUSI

Settle masalah. Simple sangat penyelesaiannya jika mereka serius nak atasi masalah ni. Cuma mungkin anak-anak orang kayangan semua sekolah swasta, so mereka tak nampak isu ni melanda anak mereka. Sebab tu mereka biarkan isu beg berat tanpa solusi tuntas. Mungkin je lah. Bukan tuduhan okeh.

Dan tolong la letak kelas murid tahun 1 dan tahun 2 di aras bawah. Kenapa kelas murid tahun satu pun ada yang ditingkat 3? Common sense kot. Budak tu kecik, beg berat. Macamana mereka nak pikul naik atas?

Isu silibus berat, subjek banyak pun satu hal juga. Takkan nak suruh kami netizen fikirkan cara penyelesaian juga? Haishhh.

Okey, jom share sampai ke istana hal ini. Rakyat jelata dah perlu campur tangan istana nampak gaya kalau orang politik dan mereka yang berkuasa kat atas sana terus menerus memandang sepi isu beg ini.

Ini isu kesihatan anak-anak kami! Bukan isu picisan. Tolong sesiapa yang ada kuasa perjuangkan. Terima kasih.

Nota : Artikel ini ditulis oleh admin Cikgu Fadli. Dan admin bukan penjawat awam. Admin cuma seorang penganggur yang suka berfikir untuk selesaikan masalah negara.