“Isteri yang suka minta cerai dari suami tanpa kesalahan atau kejahatan, haram masuk syurga” – UAI
Pendakwa bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan seorang isteri minta cerai tanpa ada kesalahan suaminya, diharamkan untuk masuk ke syurga.
Perkongsian itu dimaklumkan oleh Ustaz Azhar dalam sebuah ceramahnya yang menegaskan akhlak golongan wanita seperti itu adalah tidak baik apabila bergelar seorang isteri.
@insan_marhaen Mintak cerai tanpa sebab #ustazazharidrus #insanmarhaen #fyp #rumahtangga
Nabi kata, mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu.
“Belum kena cerai lagi, minta cerai sahaja, maka tertutup pintu syurga. Banyaknya bini (isteri) minta cerai ini akhlak dia tak molek (bagus),” katanya.
Pendakwah kelahiran Terengganu itu turut menyenaraikan beberapa situasi atau perkara yang membolehkan isteri untuk berpisah dengan suaminya.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar menitipkan nasihat kepada wanita di luar sana terutamanya golongan isteri untuk terus sabar dalam menghadapi dugaan serta ujian dalam perkahwinan.
“Melainkan lima perkara boleh minta cerai. Nombor satu, suami tak beri nafkah. Nombor dua, suami larang buat yang wajib, larang sembahyang, larang turup aurat.
“Nombor tiga, suami suruh buat yang haram. Ajak liwat, berjudi, ajak minum arak dan sebagainya. Nombor empat, suami dera, sepak terajang, ‘flying kick’ atas muka. Nombor lima, suami kena penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” tambahnya lagi.