Isteri terkilan suami tak ‘sentuh’ setahun sebab tak nak kuruskan badan, rupanya laki layan porno
Sebut pasal perkahwinan, setiap orang pasti mengimpikan rumah tangga yang bahagia untuk mereka kecapi hingga ke akhir hayat.
Namun begitu, apakah perasaan si isteri apabila si suami enggan ‘menyentuh’ nya selama hampir setahun dengan alasan isterinya tidak mahu kuruskan badan?
Isteri taknak kuruskan badan, suami tak ‘sentuh’ setahun
Itulah luahan hati seorang wanita yang berkongsi mengenai perkara itu kepada ConfessTweetMy di Twitter.
Suami tak sentuh isteri SETAHUN sebab isteri degil taknak turunkan berat badan.
Confession paling panjang setakat ni. (1/2) pic.twitter.com/FkV8qiQ08j
— Emosi (@ConfessTweetMY) November 4, 2022
Menurut wanita itu, suaminya pernah berterus terang kepadanya bahawa dia tidak menyukai wanita yang berbadan besar sebelum mereka berkahwin.
Disebabkan wanita ini seorang yang berbadan besar, dia nekad untuk menguruskan berat badannya sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.
Tambah wanita itu lagi, berat badannya yang meningkat selepas bersalin menjadi punca mengapa si suami tidak ‘menyentuh’nya selama setahun.