“Isteri pertama dah tak manja, isteri kedua layan macam hamba” – Lelaki luah rasa menyesal hidup berpoligami

“Isteri pertama dah tak manja, isteri kedua layan macam hamba” – Lelaki luah rasa menyesal hidup berpoligami

 

Sejak kebelakangan ini selalu kita dengar lelaki yang sudah bergelar suami pilih untuk kahwin lagi satu kerana merasakan diri mampu dan mahu hidup berpoligami.

Biarpun selalu kita dengar si suami akan berasa lebih bahagia apabila mempunyai dua isteri, tetapi luahan seorang lelaki di platform X yang sudah beristeri dua ini lain pula.

Melalui luahan hati lelaki tersebut dia sememangnya berasa menyesal kerana pilih untuk berkahwin lagi satu biarpun sudah mempunyai keluarga sendiri.

Image

Katanya, sikap isteri pertama mula berubah dan sudah tidak seperti dulu, sewaktu masih belum hidup bermadu.

Malah, anaknya sendiri turut membencinya selepas lelaki terbabit membuat keputusan kahwini wanita lain.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut meluahkan rasa kesal apabila dia dilayan seperti ‘hamba abdi’ oleh isteri kedua dan anak tiri pula seakan-akan menggunakannya demi duit.

Susulan berasa menyesal dengan tindakan kahwin dua, si suami juga meluahkan seandainya dia boleh memutar balik masa, pasti akan dilakukan olehnya.

Rasa nak putar balik masa dan fokus keluarga sendiri.

Kebanyakan netizen yang meninggalkan komen seakan-akan mahu memberitahu itulah padahnya jika membuat keputusan melulu tanpa berfikir dahulu.