“Aku tak mandul..” – Isteri pertama abang Tesla hilang sabar dengan perangai madu?

“Aku tak mandul..” – Isteri pertama abang Tesla hilang sabar dengan perangai madu?

 

Rumah tangga usahawan dan pempengaruh, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry kembali menjadi perhatian netizen ekoran luahan panjang yang ditulis oleh isteri pertamanya sejak semalam.

Menerusi ruangan IG Story, Nurmajdina Jamari seolah-oleh mencurahkan isi hati yang sudah lama dipendam selama ini.

Menjawab kepada sebuah DM netizen yang menyifatkan suaminya melebihkan isteri kedua, Nurmajdina memberi gambaran dirinya seakan tidak dihargai.

Malahan, wanita ini juga mendakwa ada menerima hinaan daripada satu pihak yang disifatkan sudah semakin melampau.

isteri pertama abang tesla

Tidak cukup dengan rumah tangga, Nurmajdina juga mendedahkan prosesnya menjalani rawatan mendapatkan zuriat turut diganggu oleh pihak terbabit.

‘Si polan’ yang dimaksudkan oleh wanita ini juga dikatakan membawa kelompok lain untuk berkata buruk sehingga menjejaskan emosinya.

isteri pertama abang tesla

Berkenaan dakwaan dirinya mandul, Nurmajdina tegas menafikan hal tersebut. Sebenarnya sebelum ini, dia pernah disahkan hamil.

Namun sudah qadarullah, dia telah mengalami keguguran.

Jelas Nurmajdina, dia enggan hiraukan tanggapan buruk orang luar terhadapnya kerana orang-orang itu sendiri tidak tahu kisah sebenar.

“Aku Bukan Mandul, Korang Ganggu IVF Aku, Ganggu Rumah Tangga Aku” – Nurmajdina

Terdahulu, Abang Tesla telah bernikah dengan isteri kedua, Nursyafiqa Mohd Hanafi pada Ogos 2023 setelah 6 bulan berkenalan.