“Isteri org mengaku dah terlanjur dgn suami, aku tenang & tak mengamuk mcm orang gila, aku cari bukti sampai dapat, aku bagi kat suami dia, depan aku perempuan tu ditalakkan”

“Isteri org mengaku dah terlanjur dgn suami, aku tenang & tak mengamuk mcm orang gila, aku cari bukti sampai dapat, aku bagi kat suami dia, depan aku perempuan tu ditalakkan”

 

Assalamualaikum. Aku Kismis Buruk, seorang perempuan yang berlesung pipit umur aku tahun ni dah masuk 30, tapi orang selalu salah sangka yang aku ni budak sekolah padahal aku tinggi 165cm, bukannya nampak terbantut. Ntahlah.

Sedikit tentang diri aku, aku anak bongsu dan yatim piatu sejak berumur 15 tahun. Aku dijaga baik dan dimewahkan oleh 6 orang abang aku. Cara pertuturan aku, pakaian aku dengan siapa aku berkawan abang – abang aku yang tentukan.

Nak pergi mana – mana pun abang aku ikut sekali, punyalah abang – abang aku overprotective sampaikan diorang bawak aku ke tempat kerja diorang sekali dab kadang – kadang dipaksa ikut outstation.

Ya abang aku semuanya bekerjaya, kami jugak meneruskan legasi yang arwah ayah tinggalkan.

Dipendekkan cerita semasa aku berumur 24 tahun, Aku ada kenal seorang lelaki pendiam orangnya yang sekarang dah jadi suami aku (Joko). Awal perkenalan dahulu, Joko hanyalah pekerja kilang dalam estate. Memang nampak tidak sekufu.

Tapi abang – abangku terima dia seadanya. Sikit pun tak persoalkan perkerjaannya, malahan diorang selalu pesan kat aku percayakan rezeki Allah yang maha luas. Alhamdulillah, dalam beberapa bulan tempoh perkenalan,

Joko diterima masuk dalam badan beruniform. Joko dah janji kat abang – abang aku selepas dia tamat latihan, dia akan hantar rombongan meminang.

Ya usai sahaja tamat latihan, datanglah rombongan keluarganya. Setahun tempoh pertunangan, selepas tu maka diijab kabulkanlah kami dengan girangnya.

Selepas berkahwin aku hanyalah suri rumah. Kami dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang comel, ada lesung pipit macam aku dan rambut kerinting macam Mak mentua aku.

4 tahun di alam perkahwinan sangatlah membahagiakan aku, biarpun ada mulut yang kata aku ni nampak macam adik Joko, nampak macam budak lama – lama aku pun dah lali.

Tapi siapa sangka ditahun ke-5 perkahwinan, kami diuji dengan hebatnya. Yaa, suami aku curang. Curang dengan rakan sepejabatnya yang berstatus isteri orang, isteri orang yang jauh lebih tua dari umur aku dan Joko.

Aku dapat tahu Joko curang melalui pengakuan isteri orang tersebut, dia dah mengaku terlanjur dengan Joko sampai 2 kali semasa ketiadaan suaminya di rumah, terkejut masa tu Allah sahaja yang tahu.

Rasa tak percaya, sebab depan aku Joko laa yang paling mithali serba serbi semuanya. Tertanya sendiri bila masa Joko buat benda terkutuk tu, sedangkan selama ni nak pergi memana aku dan anak mesti dia angkut sekali.

Ke sebab dia sakit hati orang cakap aku ni nampak macam budak pastu dia pergi cari perempuan tua pulak? Sakit hati aku bila fikirkan. Apa aku buat selepas tahu? Aku tenang, aku tak mengamuk macam orang gila. Aku cari bukti, aku cari sampai dapat.

Lepas tu aku buat report polis, aku report kat Jabatan Integriti dan aku bagitahu kat ketua jabatan pasal kelakuan mereka berdua. Aku jugak bawa Joko sekali untuk jumpa perempuan tu dan suaminya. Yaa, pertemuan empat mata, di depan mata aku perempuan tu ditalakkan.

Joko hanya diam membisu, syukur sahaja dia tidak kena tumbuk masa tu. Aku dan suami perempuan tu masih boleh kawal tahap kewarasan dan kat situ jugak aku bagi semua bukti kat suami dia termasuk semua report yang aku dah buat.

Masa tu jugak dapat respon dari ketua jabatan yang mereka telah dipindahkan cawangan. Aku masih tak puas hati masa tu. Walaupun dah tukar cawangan, tapi mereka masih duduk dalam negeri yang sama buat aku jadi overthinking.

Aku bagitau abang – abang aku pasal semua benda yang dah jadi, aku nak tuntut cerai kat Joko. Abang aku pun datang kat rumah Joko dengan cara baik siap minta izin nak bawak aku dan anak untuk tempoh bertenang.

Memang semuanya terkejut, abang – abang aku menangis semahunya semua peluk cium aku dan anak aku. Mereka minta aku bertenang, jangan buat keputusan terburu – buru.

Mereka kata fikirkan nasib anak macam mana bila dah cerai nanti, sebab ya anak aku perempuan memang rapat dengan Joko buka mata je ayat pertama keluar dari mulut “mana daddy?”.

Sehari je aku kat rumah abang aku, Joko dah datang untuk ambil aku dan anak semula. Joko jumpa semua abang – abang aku, dia melutut minta maaf sambil menangis. Aku taktau apa benda lagi dia cakap dengan abang aku masa tu.

Abang aku pun dengan rela hati suruh aku ikut balik kepangkuan Joko, siap pesan maafkan Joko dan bagi peluang terakhir.

Aku ikut cakap abang aku, aku bagi peluang kat Joko tapi bukan atas kerelaanku melainkan fikir pasal anak kami yang masih kecil yang sangat memerlukan sosok seorang ayah.

Tapi ntah kenapa satu malam tu, Joko ajak aku ke ruangan kosong tiba – tiba Joko datang meIutut dan civm kaki aku. Dia buat pengakuan, yang sebelum berkahwin dengan aku pun dia pernah langgan GRO sebab terikut kawan.

Masa curang dengan rakan sepejabatnya tu pun, dia sempat berkenalan lagi dengan seorang perempuan yang juga berstatus isteri orang yang konon katanya hanya berhubung melalu whatsapp tak lebih daripada itu. Ya sekali lagi, isteri orang tu pun sangatlah tua.

Allahu rabbi. Tak sangka, aku yang dijaga baik oleh abang aku selama ni tapi akhirnya dapat lelaki yang macam Joko. Entah macam mana, aku hilang kawalan masa tu aku keluarkan jurus Muay Thai aku yang abang aku pernah ajar dulu.

Aku dah berd0sa besar sebab dah berkasar dengan suami sendiri, tapi dalam masa yang sama aku rasa puas sebab segala kesakitan dalam hati aku macam bebas. Joko langsung tak membalas sebab dia tahu salahnya lagi besar, dalam masa yang sama dia terkejut aku boleh buat semua tu.

Sedangkan sebelum ni akulah si kismis buruk yang paling lemah lembut, tak pernah meIawan apa yang dia cakap hanya menurut semua katanya. Sekarang hari – hari aku berlalu begitu saja.. Tiada bahagia, tiada lagi cinta. Hanya pandangan kosong tanpa rasa.

Aku hanya bertahan atas dasar tanggungjawab untuk anak aku. Seboleh – bolehnya kami sembunyikan segala hal negative daripada anak kami. Kami juga dah buat saringan kesihatan, Alhamdulillah keputusan negative. Tapi aku masih dihantui rasa takut.

Joko pun hampir tiap hari menangis sampai ke tahap kemurungan, Joko juga bawa aku jumpa pakar kaunseling sebab keadaan mentaI kami benar – benar tenat.

Joko pun semakin rajin ikut majlis ilmu. Tapi itu tak mengubah rasa kepercayaan aku yang sudah hilang. Itu hanya Satu kebaikan untuk dia sendiri.

Joko kata kat aku, yang dia menyesal, lepas apa yang jadi barulah dia nampak yang selama ni dia tak hargai apa yang dia dah ada. Joko masih lagi taknak lepaskan aku, dia kata bagi dia peluang terakhir untuk pulihkan segala yang dia dah rosakkan.

Joko kata Mungkin ini baIasan Allah pada dia, “Bayangkan kalau semua ni tak terjadi, mungkin abang masih lagi seronok dalam kemaksiatan.

Abang insan hina, tapi Allah bagi kesempatan untuk abang bertaubat, abang terpilih sebab Allah masih sayangkan abang, tak akan abang sia – siakan lagi peluang terakhir yang diberi. Biarlah abang mati sebagai suami sayang satu – satunya”. Ntahlah.

Betulkah curang tak boleh diubati? Betulkah orang hanya berhenti curang jika dah jadi miskin, cacat dan mati??

Doakan aku kuat. Aku tak minta banyak, aku harap Allah lapangkan fikiran dan hati aku. Aku minta Allah hilangkan segala kekusutan yang ada dalam hati aku.

Sungguh, rasanya seperti aku menunggu. Tapi tak tahu menunggu apa. Dalam masa yang sama aku cuma bersiap siaga mengumpul semua kekuatan untuk tinggalkan semua sakit. – Kismis Buruk (Bukan nama sebenar)