Isteri orang dicekup dengan bomoh, ditemui berkemban sedang menyorok

Isteri orang dicekup dengan bomoh, ditemui berkemban sedang menyorok

 

Seorang wanita berusia 35 tahun telah ditemui dalam keadaan berkemban di rumah seorang bomoh lelaki berusia 65 tahun pada Jumaat lalu di Bedong, Sungai Petani.

Menerusi laporan dari Kosmo!, wanita terbabit datang ke rumah bomoh tersebut kononnya untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah rumah tangganya dengan suami. Namun, helah tersebut memakan diri apabila dicekup bersama lelaki terbabit kerana bersekedudukan.

Bomoh berseluar pendek, isteri orang berkemban jam 2 pagi

Dalam pada itu Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd. Noor Ismardi Ismail memaklumkan yang Anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) dan pertubuhan bukan kerajaan, Skuad Badar telah menerima laporan daripada orang awam yang melihat seorang wanita me­ngunjungi rumah bomoh tersebut pada Khamis lalu.

Ketika pihak kami memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan, lelaki tersebut (bomoh) yang hanya berseluar pendek memberitahu, dia berada di rumahnya seorang diri.

“Bagi menyakinkan anggota penguat kuasa, lelaki itu mempelawa pemeriksaan dilakukan di dalam rumah berkenaan. Pihak kami menjumpai seorang wanita dalam keadaan berkemban di tingkat atas rumah tersebut,” katanya.

Alasan minta bantuan masalah rumah tangga

Difahamkan, wanita terbabit dipercayai sudah beberapa kali datang dan bermalam di rumah bomoh tersebut.

“Bomoh itu tinggal seorang diri kerana isterinya yang lumpuh dijaga oleh anak mereka yang tinggal di luar daerah ini.

“Wanita itu mengaku dia mengunjungi rumah bomoh tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi memudahkan proses penceraian bersama suaminya,” katanya.

Tambah Mohd Noor lagi, pasangan berkenaan telah ditahan kerana me­lakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Mereka juga turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk proses dokumentasi sebelum diarah hadir untuk proses tindakan undang-undang di Mahkamah Syariah Kuala Muda di sini dalam masa terdekat.