Isteri orang bangga ada skandal, selamba buka aib sendiri di TikTok
Sebenarnya, kisah wanita yang bergelar isteri, bercinta dan menjalin hubungan dengan suami orang sudah lama berlaku sejak dulu lagi.
Namun, apa yang membezakan dengan hari ini adalah apabila mereka semakin seronok dan berasa tidak malu berkongsi dalam media sosial.
Ini termasuklah perkongsian di muat naik di TikTok, yang mana dalam ruangan komen itu dilihat ramai para wanita tidak segan silu mendedahkan aib sendiri.
Dalam perkongsian itu, seorang pengguna TikTok meluahkan titik terindah hidupnya apabila berskandal dengan isteri orang.
Katanya, ketika masing-masing meminta untuk berhenti berhubung supaya masing-masing dapat memberi tumpuan kepada pasangan halal.
Tambahnya, dia akan bahagia apabila skandalnya itu menghantar mesej meluahkan rasa rindu.
Menerusi ruangan komen, ramai wanita yang dipercayai isteri orang bagaikan bersetuju dengan luahan pengguna TikTok itu.
Masing-masing menyatakan rasa bahagia apabila berdepan dengan situasi itu.
Sifat tidak malu mereka telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya mengecam tindakan mereka yang mendedahkan keburukan sendiri di media sosial.
Sementara itu, akaun pengguna TikTok terbabit difahamkan telah private, berkemungkinan ramai telah menyelar video tersebut.