Isteri kena cerai sebab tiada ‘kesan merah’ semasa malam pertama, perkahwinan hanya kekal sebulan

Isteri kena cerai sebab tiada ‘kesan merah’ semasa malam pertama, perkahwinan hanya kekal sebulan

Selain melakukan hubungan badan, selaput dara juga boleh terkoyak sekiranya seseorang wanita itu mengalami gangguan kesihatan berkaitan ‘Miss V’, insiden ketika membuat aktiviti berat ataupun melakukan sukan lasak. Walaupun banyak pakar perubatan sudah menepis mitos-mitos tentang dara, nampaknya masih ada kelompok masyarakat khususnya lelaki yang tidak cakna mengenainya.

Kakak kahwin umur 26 tahun…Perkahwinan tu diatur & kakak bersetuju dengan penuh gembira

Menerusi Instagram @Savvbr beberapa hari lalu, tular pula kisah mengenai seorang wanita diceraikan oleh suaminya yang merupakan seorang askar berpangkat Mejar. Daripada penceritaan si adik, perkahwinan kakaknya dan lelaki tersebut adalah hasil aturan daripada keluarga. Namun ikatan suci itu malah bertahan selama sebulan sahaja.

Malam pertama tiada ‘kesan merah’…Seumur hidup kakak tak pernah lakukan dosa tersebut

Ketika pasangan mempelai itu melalui malam pertama, si isteri dikatakan tidak mengalami sebarang bleeding. Gara-gara itu, suaminya telah bertanya mengenai masa silamnya selain mula bersikap dingin. Walaupun sudah berlaku jujur, pada akhirnya penceraian itu tetap berlaku. Jelas si adik, mereka berasal daripada keluarga islamik yang mana orang perempuan sangat jarang keluar rumah kecuali bagi tujuan menghadiri kuliah atau pengajian.

‘Kesan merah’ bukan pengukur keperawanan seorang wanita…Ibu zaman kini tolong betulkan fahaman

Daripada kisah ini, individu berkenaan berharap agar golongan lelaki tidak terlalu cepat menghukum para isteri sekiranya mengalami situasi sama. Sebelum mendirikan rumah tangga, mungkin lebih baik untuk dapatkan khidmat kauseling sekaligus menepis pemikiran kolot mengenai isu melibatkan selaput dara.