Isteri kedua dikata rampas suami orang, Mokhtar Senik kongsi analogi ‘lelaki pandu kereta yang ada 4 seat’

Isteri kedua dikata rampas suami orang, Mokhtar Senik kongsi analogi ‘lelaki pandu kereta yang ada 4 seat’

Ada orang tanya saya beberapa soalan berkaitan poligami. saya nak kongsi sikit kut2 bermanfaat;

1.SOAL: macamana ustaz kalau seorang lelaki itu berkahwin lagi kerana NAFSU?.

JAWAB: Kerana NAFSU lah seseorang itu perlu berkahwin. Jika langsung takde nafsu usahkan perkahwinan kedua, perkahwinan pertama pun dilarang oleh syara’.

2. SOAL: Betul ke oraang cakap isteri kedua itu MERAMPAS suami orang?.

JAWAB: Seorang lelaki memandu sebuah kereta yang ada 4 seat. Seat sebelah driver diduduki oleh Isteri pertama. Tiba2 naik menumpang pula isteri yang kedua. Isteri yang kedua duduk di salah satu seat dibelakang. beliau bukan duduk atas riba isteri yang pertama. Kalau duduk atas riba isteri pertama barulah dikatakan merampas. tapi sekarang dia duduk atas seat yang memang masih kosong. begitu lah isteri ketiga dan keempat. Kalau ada yang kelima, baru lah dinamakan merampas suami orang.

Setakat itu dulu perkongsian. Ahli Jamaah masjid lama Taiping tentu masih ingat jawapan saya ini ketika disoal oleh seorang ahli jamaah.

UMS
sambil2 tunggu usrah Online.
25. June.2021,

Sumber: Facebook Mokhtar Dup