Isteri ‘kantoi’ curang ketika suami keluar tunai ibadah tarawih

Isteri ‘kantoi’ curang ketika suami keluar tunai ibadah tarawih

 

Baru-baru ini berlegar satu video yang memaparkan seorang isteri sujud meminta ampun di kaki suaminya kerana didakwa telah menjalinkan hubungan sulit ketika suaminya sedang menjalani ibadah Tarawih.

Memetik laporan Tribun News, video itu tular selepas dimuatnaik di TikTok.

Ketika kejadian, suami kepada wanita itu dikatakan sedang bersolat di masjid Lhokseumawe, Banda Aceh.

Menerusi video itu, dia dilihat merayu-rayu dan meminta maaf kepada suaminya setelah ditangkap curang.

Malah, wanita itu juga menangis histeria kerana berasa bersalah dan mencium kaki suaminya demi mendapatkan kemaafan.

Si suami dikatakan menerima permohonan maaf tersebut tetapi mengatakan bahawa dia perlu berbincang dengan ibu bapa isterinya.

“Jadi hubungi ibu bapa kamu,” kata si suami.

Dalam keterangan di video itu, si isteri didakwa telah ditangkap berdua-duaan dengan lelaki lain di rumah ketika suaminya keluar untuk solat Tarawih.

Sementara itu, lelaki yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya turut berada di situ dan turut menunduk serta pasrah mengangkat tangan ketika berada di situ.

Kejadian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari kalangan netizen dan rata-rata dari mereka turut mengecam perbuatan isteri yang curang di belakang suaminya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai hubungan mereka tidak didedahkan.