Isteri jadi sasaran rakan sindiket, rupanya suami terlibat seludup narkotik

Isteri jadi sasaran rakan sindiket, rupanya suami terlibat seludup narkotik

 

Cukup mengejutkan, itulah satu-satunya perkataan dapat digambarkan tentang satu kejadian jenayah yang berlaku di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan kira-kira 2 hari lalu.

Seorang wanita yang juga seorang ejen produk kosmetik telah pun dilarikan oleh sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta dipercayai ke negara jiran.

Tak berdaya nak selamatkan selepas diacukan senjata

Lebih menyayat hati, kejadian yang berlaku turut disaksikan oleh anak perempuannya serta ibu dan ayah kepada wanita berkenaan.

Walau bagaimanapun, semua tak berdaya untuk membantu kerana telah pun diacukan senjata.

Tak lama kemudian, difahamkan si suami pula menyusul sama-sama menjejaki usahawan tersebut hingga ke sempadan sana.

Rupanya Suami Terlibat Seludup Narkotik, Isteri Jadi Sasaran Rakan Sindiket 2

Rupanya suami terlibat dalam aktiviti penyeludupan bahan terlarang

Terbaru menerusi portal Harian Metro, rupa-rupanya kejadian yang berlaku berpunca dari perselisihan faham sesama ahli sindiket penjualan narkotik.

Dalam siasatan awal mendapati suami kepada wanita berkenaan telah pun terlibat dengan aktiviti penyeludupan bahan terlarang tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah pun menahan 3 orang individu termasuklah lelaki berkenaan serta seorang lagi wanita lain.

Rupanya Suami Terlibat Seludup Narkotik, Isteri Jadi Sasaran Rakan Sindiket 3

Rupanya Suami Terlibat Seludup Narkotik, Isteri Jadi Sasaran Rakan Sindiket 4

Polis percaya isteri tahu aktiviti ‘haram’ dilakukan suami dan kenal suspek

Dalam pada itu, pihak polis kini sedang giat meminta bantuan pihak berkuasa Thailand untuk menyelamatkan wanita berusia 36 tahun tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut dikatakan tahu akan aktiviti ‘haram’ dilakukan suaminya selain turut mengenali individu yang melarikannya.

Rupanya Suami Terlibat Seludup Narkotik, Isteri Jadi Sasaran Rakan Sindiket 6

Terdahulu, seorang ejen kosmetik telah dilarikan dari rumahnya oleh sekumpulan lelaki bersenjata selepas menjawab salam dari mereka di pintu rumah.

Ketika itu, bapa mangsa dan anaknya berada di dalam rumah tidak dapat berbuat apa-apa kerana salah seorang daripada suspek mengacukan pisau ke arah warga emas terbabit.

Dari maklumat kenalan mereka, wanita terbabit dipercayai dibawa lari ke sempadan negara menggunakan bot.