Isteri Azlan Komeng akhirnya buka mulut, perjelas status perkahwinan Syamsul Yusof & Ira Kazar

Isteri Azlan Komeng akhirnya buka mulut, perjelas status perkahwinan Syamsul Yusof & Ira Kazar

 

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai khabar angin serta dakwaan Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar telah bercerai.

Memetik mStar Online, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam mengakui terkejut dengan gosip berkenaan kerana Ira dan suaminya masih bahagia.

Menurut Nur Nilam, dia sudah menghubungi Ira untuk mendapatkan pengesahan mengenai dakwaan yang tular itu.

“Dia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.

“Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian… dia cakap tiada pun isu cerai ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Nilam berkata ketika Ira datang ke rumahnya tempoh hari Syamsul ada bersama namun pengarah itu kemudian ke tempat lain.

“Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.

“Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial… ya la sebab kena kecam kan siapa je nak post,” katanya.

Dalam pada itu, Nilam memberitahu dia tidak lagi menerima ugutan yang di media sosial seperti diterima selepas membuat sesi siaran langsung bersama Ira sebelum ini.