Ismail Sabri perlukan 11 MP lagi untuk menjadi PM?

Ismail Sabri perlukan 11 MP lagi untuk menjadi PM?

 

Setelah Perikatan Nasional bersetuju memberi laluan kepada Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, kedudukan beliau kini bergantung kepada sokongan 11 daripada 15 orang Ahli Parlimen UMNO yang menyertai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber dalam Bersatu menyatakan, secara prinsip 100 Ahli parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional menerima pencalonan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Kini nasib Ismail Sabri terletak kepada 15 orang ahli Parlimen UMNO yang menarik diri dari menyokong Muhyiddin dua minggu lalu. Ismail memerlukan sekurang-kurangnya 11 orang lagi untuk mendapat majoriti mudah 111.

Mereka yang menarik sokongan sebelum ini ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Najib Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Azalina Othman Said (Pengerang), Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Datuk Nizar Zakaria (Parit), Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ramli Mohd Nor (Cameron Highland), Datuk Mohamad Alamin (Kimanis), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).

Sumber: Suara TV