Isi minyak tak tutup enjin, kereta boleh rosak ke? Ini penjelasan pakar

Isi minyak tak tutup enjin, kereta boleh rosak ke? Ini penjelasan pakar

 

Sesiapa sahaja pasti akan berasa bimbang dengan kondisi kenderaan masing-masing selepas dimaklumkan tentang perkara tersebut, maklumlah kos untuk baik pulih bukannya murah.

Menjawab persoalan berkenaan, pengguna laman X, Aid Fawzal atau Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal, yang merupakan pakar automotif dan pencipta kuantiti saintifik Fawzal Number (Fa), berkata arahan yang tertera di setiap stesen minyak adalah disebabkan petrol merupakan bahan api.

“Tak rosak pun enjin (kereta) kalau tak matikan masa isi minyak. Arahan untuk tutup enjin masa isi, atas dasar keselamatan.

Supaya kita dapat elakkan kebakaran,” ujarnya.

Menurut Aid Fawzal, jika enjin dibiarkan menyala, kemungkinan untuk berlakunya kebakaran adalah tinggi.

Beliau menjelaskan, ini disebabkan terdapat komponen berhaba daripada enjin yang masih hidup termasuk sistem elektrik dan elektronik yang boleh menyebabkan percikan api.

“Jadi lebih baik tutup enjin tu. Tak lama pun isi minyak dan selepas selesai isi, nyalakanlah balik enjin.

Apalah sangat bertahan panas sekejap jika dengan kebakaran berlaku, lagi besar kerugiannya,” jelasnya lanjut.