Sempena hari batik Indonesia, IShowSpeed pakai batik Malaysia
IShowSpeed dilihat memakai batik Malaysia dalam sesi siarang langsung strimnya pada baru baru ini.
Pengikutnya dari Malaysia bangga melihat IShowSpeed yang masih sukakan baju batik Malaysia itu walaupun ketika berada di Indonesia dia diberitahu bahawa orang Malaysia menipunya dengan menyatakan batik asal Malaysia.
Sebenarnya, orang Malaysia tidak pernah mendakwa batik itu asalnya dari Malaysia. Cuma lelaki yang memberikan Speed batik itu menegaskan bahawa baju batik yang diberikannya kepada Speed adalah batik Malaysia.
Batik ada pelbagai jenis di seluruh dunia. Termasuk batik Indonesia, batik India, malah batik dari China pun ada selain daripada Malaysia.
IShowSpeed mengenakan baju batik sempena Hari Batik Indonesia pada 2 Oktober. Dia ternyata sukakan pakaian tersebut. Dan membantu mempromosikan baju batik kepada dunia.
Menariknya dia memilih batik Malaysia berbanding yang diterimanya di Indonesia.
Namun IShowSpeed kelihatan agak kecewa kerana batik Malaysia miliknya itu koyak.
Dia kemudian melihat lelaki yang memberikannya batik hadir dalam live streamnya. Speed kelihatan benar benar teruja melihat lelaki tersebut.
IShowSpeed adalah streamer dan YouTuber terkenal. Baru baru ini dia menjelajah ke Asia Tenggara termasuk ke Malaysia.
Lawatannya ke Asia Tenggara membantunya menerokai lagi budaya di Asia Tenggara. Di Malaysia dia sempat merasai sendiri keenakan burger Ramly dan juga Musang King.
Ketika berada di Indonesia dia merasai sendiri pengalaman bermain peralatan muzik tradisional angklung dan pelbagai lagi kebudayaan di sana.