Iqram Dinzly buat hal lagi, pakai ‘lingerie’ dengan gaya menggoda sambil selawat

Iqram Dinzly buat hal lagi, pakai ‘lingerie’ dengan gaya menggoda sambil selawat

 

Nama pelakon Iqram Dinzly kembali menjadi perbualan warganet apabila didakwa seperti mempersendakan alunan selawat menerusi aplikasi Bigo secara siaran langsung dipercayai semalam.

Sedutan siaran langsung itu kemudian dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Ayie sehingga meraih hampir 393,000 tontonan setakat ini.

Menerusi tangkap layar video berdurasi seminit 19 saat itu, Iqram atau nama penuhnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin dilihat memasang selawat nyanyian Raqib Majid.

@tukangmasakbujang

x manis begini… #jabatannitizenmalaysia #gengpakcikketiak #xyzbca #fypシ゚viral #kamisempoi #tiktokmalaysia❤️🇲🇾❤️ #viralmalaysia🇲🇾 #malaysiaviral #berandatiktok #malaysia

♬ original sound – (Ayie) – (Ayie)

Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu yang mengenakan ‘lingerie’ atau pakaian dalam seksi sambil mengalunkan selawat berkenaan satu persatu membuatkan netizen mengucap panjang melihat aksinya.

Malah, Iqram juga berselawat seolah-olah dengan gaya ‘feminin’ selain turut berdiri bagi membetulkan pakaiannya sekali gus sudut kamera memperlihatkan bahagian alat sulitnya.

Rata-rata menegur dan mempersoalkan tindakan pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu berbuat demikian serta berharap pihak bertanggungjawab dalam mengambil tindakan sewajarnya.

Hina, permainkan agama

Sedih betul tengok

Jauh sangat dah pergi, doa baik2

Takde pihak ambil tindakan?

Kalau ada penyakit bipolar, bukan macam ni

Untuk makluman, itu bukanlah kali pertama Iqram menampilkan sisi ‘pelik’ dirinya kerana dia telah beberapa kali mencetuskan kontroversi membabitkan akidah sebelum ini.