“Saya sedar diri, saya tak handsome, gemuk, pendek” – Iqbal Zulkefli

“Saya sedar diri, saya tak handsome, gemuk, pendek” – Iqbal Zulkefli

 

“Saya sedar diri, saya tak handsome, gemuk, pendek” – Iqbal Zulkefli

Usahawan dan selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan berhubung foto memakai pakaian sedondon berona merah bersama aktres jelita, Diana Danielle yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi, sebelum ini.

Menerusi sebuah video di TikTok, Iqbal atau nama penuhnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, menjelaskan Diana terbabit dalam muzik video lagu baharunya sebagai heroin.

“Saya sebenarnya sangat sedar diri saya yang tidak handsome, gemuk, pendek.. Saya masih tahu batas supaya tidak berlaku fitnah saya perlu tegaskan di sini bahawa Diana Danielle hanya untuk muzik video baharu saya,” katanya.

Menyedari namanya teruk dihentam segelintir netizen, Iqbal bagaimanapun tidak berkecil hati terhadap segala tohmahan orang luar.

“Saya tak terasa hati untuk orang yang mengata macam-macam, saya anggap itu adalah gurauan dan lagu saya bukan ke arah kontroversi,” katanya.

@ahmadiqbalzulkefli

Jangan risau, saya sedar diri. Diana Danielle hanyalah heroin muzik video lagu terbaru saya Undur Diri yang akan ditayangkan beberapa hari lagi, 17.2.2025 Isnin ini. 5:00 petang. Apapun saya tahu netizen senang bergurau dengan saya disebabkan saya tidak pernah marah dan selalu layan. Setkan kalendar sekarang, kunci jam pada 5:00 petang ya. Kalau boleh saya tahu, sudikah kalian support saya? Bolehkah tinggalkan sedikit kata semangat buat saya.

♬ original sound – Ahmad Iqbal Zulkefli – Ahmad Iqbal Zulkefli

Sebelum ini, Iqbal memuat naik foto berpakaian sedondon bersama Diana dengan kapsyen yang seolah-olah memberi bayangan mereka pasangan ‘bercinta’ telah mencetuskan kontroversi memandangkan aktres itu masih berstatus isteri kepada aktor, Farid Kamil.