Insiden wanita parah dihempap kayu balak, polis sahkan pemandu lori tiada lesen memandu

Satu kemalangan yang menyayat hati berlaku pada Selasa lalu di mana seorang penunggang motosikal wanita dirempuh kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat.
Lori balak terbabit nahas di Persimpangan Bendahara, Gua Musang, Kelantan dan menyebabkan wanita tersebut mengalami cedera parah.
Menurut laporan Berita Harian, pemandu lori berkenaan difahamkan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata saman dikeluarkan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dan tindakan sama turut dikenakan kepada pemilik lori kerana membenarkan kenderaan berkenaan dipandu individu tanpa lesen.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerna memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan,”katanya.
Mangsa Siti Norelyana dilaporkan patah bahagian tulang punggung dan tulang rusuk akibat dirempuh kayu balak bergolek dari lori terbabit ketika melalui selekoh, dipercayai akibat turn table pada lori yang patah.
Dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian hati, limpa, hempedu dan usus, menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Utama Gua Musang.