“Inilah orangnya ya..” – Ibu Aliff Aziz mahu saman pemfitnah

“Inilah orangnya ya..” –  Ibu Aliff Aziz mahu saman pemfitnah

 

Ibu Aliff Aziz nak saman netizen disamping tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu  berkenaan kerana telah menabur fitnah terhadap dirinya.

Menerusi beberapa hantaran di InstaStory, Hafiza meluahkan rasa bengangya terhadap seorang individu yang membuat hantaran berkenaan dirinya sehingga dia dikecam ramai.

Hafiza mengarahkan agar individu berkenaan memadam hantaran tersebut disamping menyifatkan perkongsian itu seperti fitnah dajjal terhadap dirinya.

“Kepada individu yang buat hantaran fitnah dajjal terhadap saya, padam hantaran itu atau kami akan ambil tindakan undang-undang. Laporkan akaun TikTok dia,” katanya dalam satu hantaran.

ibu Aliff Aziz mahu saman netizen

Sementara itu, pada hantaran yang berbeza, Hafiza memuat naik tangkap layar akaun individu berkenaan sambil berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Pada masa yang sama, Hafiza juga mengalu-alukan sekiranya individu berkenaan mahu bertemu kerana dia sendiri ingin tahu dari mana maklumat itu diterima.

“Siapa yang dapat hubungi dia tolong beritahu dia, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap dia! Jika dia ingin berbicara dengan saya, silakan kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini,” luahnya.

Sebelum ini, seorang individu telah membuat hantaran di TikTok dan mendakwa Hafiza mahu salah seorang daripada cucunya diberikan kepada Aliff.

Individu itu kemudian berkata bekas menantu Hafiza iaitu Bella Astillah boleh memohon injuksi mahkamah untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.

Tidak cukup dengan itu, individu berkenaan juga menggelar Hafiza sebagai seorang yang narsistik kerana sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak emosinya.

“Bekas mentua toksik. Betullah teori hubungan narcissistic personality trait, memang susah nak keluar. Ada saja jenis orang macam ni nak buat untuk penuhi kehendak emosi dia,” kata individu berkenaan.

Menerusi tinjauan, individu berkenaan masih belum memadam hantaran tersebut di platform TikTok, malahan ramai juga warga maya yang sudah mula mengecam Hafiza.

Terdahulu, Hafiza dan Aliff pernah membuat beberapa hantaran di media sosial meluahkan kerinduan mereka terhadap Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sekadar info, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah.

Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara kepada Bella.