Ini sebab kenapa anda perlu ‘verified’ akaun MySejahtera

Ini sebab kenapa anda perlu ‘verified’ akaun MySejahtera

 

MySejahtera memaklumkan bahawa tanda sah (verified) hanya akan dipaparkan pada akaun mereka yang telah mengesahkan maklumat identiti diri (MySJ) dan tarikh lahir.

Menerusi kenyataan di Twitter, pihak MySejahtera berkata akaun yang telah disahkan memastikan ciri yang ada di aplikasi itu dapat digunakan sepenuhnya.

Sebagai contoh, ada individu yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka.

Bagi pengguna yang masih belum mendapat lencana verifikasi ini, sila klik butang verifikasi untuk mengesahkan maklumat diri anda.

Selepas mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi terkini (1.1.8), anda perlu klik “sahkan segera” jika belum mengesahkannya lagi bagi mendapat status verified di MySejahtera.

Sejak semalam, media sosial dihujani dengan tangkap layar yang di muatnaik oleh netizen. Ia memaparkan status verifikasi yang terdapat pada aplikasi MySejahtera mereka.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa fungsi MySejahtera Trace wajib dibuka ketika berada di kawasan-kawasan sesak.

Ia bagi membantu mendapatkan notifikasi sekiranya kontak rapat kepada kes positif.

“Sepertimana kita diwajibkan untuk melakukan check-in, maka untuk kawasan-kawasan yang sesak contohnya di restoran dan pusat beli-belah diwajibkan untuk mengaktifkan MySejahtera Trace kerana ia akan membantu memberi notifikasi sekiranya kita adalah kontak rapat kepada kes positif.

“Pelaksanaan dan penguatkuasaannya lebih kepada pemerkasaan komuniti, kita wajibkan tetapi ianya terserah kepada anda,” katanya.