“Ini cuma masalah hati, bukan jenayah pun” – Azhar Sulaiman

“Ini cuma masalah hati, bukan jenayah pun” – Azhar Sulaiman

 

Pelakon Azhar Sulaiman menyifatkan apa yang berlaku antara aktres Ruhainies dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz hanyalah melibatkan soal hati.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Azhar berkongsi paparan skrin perbualannya bersama anak perempuan, Kasih Leia Ixora.

Kasih meminta bapanya itu agar menyelamatkan Ruhainies yang telah diserang netizen dek isu ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Permintaan tersebut berikutan Azhar pernah memegang watak sebagai bapa kepada Ruhainies dalam drama Bintang.

Azhar berpendapat apa yang terjadi adalah disebabkan masalah hati dan ianya bukan satu jenayah. Tetapi apa yang menjadi pertikaian ramai adalah jawapan yang diberikan Azhar berhubung isu poligami.

Tak apa Kasih, ini cuma masalah hati, bukan jenayah. Lelaki kan boleh kahwin 4.

Susulan daripada itu, ada di antara wargamaya bersetuju dengan pendapat Azhar malah ada yang menyifatkan isu membabitkan Ruhainies dan Aliff Aziz bukanlah soal hati tetapi perbuatan mereka salah di sisi agama Islam.

Poligami memang halal tapi yang dia buat tu maksiat. Haram disisi agama.

Poligami sudah termaktub dalam syariat Islam. Namun tiada isteri yang sanggup berkongsi kasih.

Kalau mampu, bulan-bulan bagi nafkah tak ada kurang apa okay.