“Ini baru level international” – Tonjol warna jalur gemilang, pakaian rasmi atlet Paralimpik ke Paris raih pujian

“Ini baru level international” – Tonjol warna jalur gemilang, pakaian rasmi atlet Paralimpik ke Paris raih pujian

 

Pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara ke temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis  pada 28 Ogos ini mendapat perhatian dan pujian ramai warganet.

Semalam, Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) telah memperkenalkan pakaian rasmi kontinjen negara ke temasya sukan yang bakal berlangsung dari 28 Ogos sehingga 8 September ini di Paris.

Apa yang menariknya, pakaian rasmi atlet Paralimpik negara itu dilihat menyerlah dengan menampilkan warna putih sebagai warna utama.

Malah, belang harimau pada pakaian berkenaan turut menyerlah dengan menggunakan warna biru, kuning, merah dan kelabu.

Ia agak berbeza dengan pakaian terbaru atlet Olimpik negara yang menggunakan warna hitam dengan belang oren.

Lebih menarik perhatian dan nampak menyegarkan apabila pakaian rasmi itu digayakan oleh atlet Paralimpik kebangsaan dan Muhammad Imaan Aiman dan Abdul Razzaq Abdul Rahman dipilih sebagai model.

Sebaik saja pengumuman pakaian ini diumumkan, ramai peminat negara teruja. Ini kerana corak dan warna yang digunakan lebih segar dan bertenaga.

Mereka tidak henti memuji dan menyifatkan pemilihan corak dan warna dipilih oleh pasukan Paralimpik negara adalah tepat.

Tidak kurang juga ada yang tidak sabar menunggu pakaian itu dijual di pasaran.