“Ini balasan yang saya dapat..” – Hanya minta naik gaji RM500, Tyzo jawab dakwaan Pengerusi Star Media Group Berhad

“Ini balasan yang saya dapat..” – Hanya minta naik gaji RM500, Tyzo jawab dakwaan Pengerusi Star Media Group Berhad

 

Penyampai radio, Tyzo mengakui dia meminta kenaikan gaji RM500 kepada pihak Star Media Radio Group (SMRG) Berhad sebelum tamat kontrak pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, kata Tyzo, pihak pengurusan tidak bersetuju dengan permintaan tersebut tetapi dia tetap menandatangani kontrak pada September lalu.

Sebenarnya, saya cakap terus-terang saya minta kenaikan gaji. Saya minta untuk gaji saya ditambah sebanyak RM500. Ini lah balasan yang saya dapat.

Tetapi pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani kontrak pada September lalu.

Jika besar kepala atau diva, saya takkan tandatangani kontrak walaupun syarikat nak naikkan gaji.

Tyzo berkata demikian ketika sesi bertemu media di 3 Damansara, pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, Tyzo berkata dia masih ingin bekerja sekaligus menafikan dakwaan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse.

Mohd Aminuddin mendakwa Tyzo sudah tidak berminat untuk meneruskan karier di syarikat terbabit ketika sidang media yang diadakan pada hari sama.

Momen yang sedih untuk saya kerana saya masih nak bekerja. Sangat menyedihkan kerana menyentuh periuk nasi saya.

Saya dah dengar rumors ini sudah lama terutama selepas kemenangan di ABPBH.

Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum kontrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung kontrak.

Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?