Ini apa kata Kim Pan Gon selepas jurulatih Korea Selatan tak puas hati dengan penalti Malaysia

Ini apa kata Kim Pan Gon selepas jurulatih Korea Selatan tak puas hati dengan penalti Malaysia

 

Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann rasa marah dan tak puas hati tetapi ketua jurulatih kita, Kim Pan Gon rasa bangga dengan anak buahnya.

Itulah apa yang dirasakan Pan Gon dan menyifatkan keputusan seri 3-3 ke atas pasukan ranking ke-23 dunia sebagai menakjubkan.

Tahniah kepada pemain dan rakyat Malaysia, kami menghargai semua sokongan daripada kerajaan, FAM, kelab, pemain dan rakyat Malaysia. Ia perlawanan yang hebat.

Ia semua mengenai pemain, apa yang mereka sudah lakukan. Korea menguasai permainan dan pemain saya bergelut untuk menyaingi mereka.

Walaupun Malaysia sudah tersingkir dari saingan Piala Asia Qatar 2023, satu mata ini amat bermakna buat negara.