Ini antara kerjaya terbaru yang ramai tak sangka dah wujud sekarang, banyak dari Generasi Z

Ini antara kerjaya terbaru yang ramai tak sangka dah wujud sekarang, banyak dari Generasi Z

 

Seiring perkembangan teknologi, bukan setakat gaya hidup, malah trend kerjaya pun berubah. Buat generasi muda terutamanya Generasi Z yang digelar anak jati digital, mereka lebih menuju kepada kerjaya yang banyak berhubung dengan teknologi.

Selain terdedah kepada teknologi, wujudnya internet membuatkan Generasi Z lebih cepat belajar. Mereka juga sukakan cabaran dan bersifat lebih terbuka. Kerjaya yang ada fleksibiliti dan boleh menyokong kreativiti adalah idaman mereka!

Disebabkan adanya Generasi Z ni la, kita dapat tengok munculnya kerjaya terbaru. Ini antaranya!

Gaming/E-sports

Siapa sangka gaming boleh jadi satu bidang kerjaya? Ada yang jadi influencerprofessional gamer, pelatih gaming dan banyak lagi. Kini semuanya begitu pantas dengan kebolehcapaian sangat mudah. Generasi Z adalah generasi digital asli yang boleh sesuaikan diri dan mengikuti trend berkaitan teknologi.

Podcaster

Kerjaya terbaru paling popular ialah podcaster, iaitu host program sembang atau bual menerusi medium audio digital. Ramai dari kalangan Generasi Z gunakan podcast dalam personal branding mereka. Mereka lebih suka kaedah moden berbanding medium tradisional seperti radio. Lebih stylo ah!

Competitive Eater/Mukbang

Generasi Z suka memantapkan kemahiran dan strategi, sampaikan makan pun ada strateginya. Siapa sangka zaman sekarang ni ada yang mempunyai kemahiran makan sampai boleh jadi competitive eater/mukbang sebagai kerjaya mereka. Semestinya Zermatt Neo adalah idola mereka!

Digital nomad

Banyak dari kalangan Generasi Z yang sukakan pengembaraan dan cabaran. Ada yang travel ke seluruh dunia dan menjual itinerari mereka sebagai pendapatan. Secara tak langsung ia menarik minat ramai orang untuk travel dengan berani.

Tutor/Perunding Online

Dalam era internet yang serba guna, Generasi Z mahir menggunakan aplikasi online meeting seperti Google Meet, Zoom, Discord dan lain-lain. Minat mereka dalam mengajar dan berkongsi ilmu sangat tinggi. Sebab tu mereka terdorong menjadi tutor atau perunding online sepanjang masa.

Boleh dikatakan semua kerjaya terbaru ni diminati Generasi Z sekarang. Dengan kerjaya sebegini, mereka dengan bebasnya dapat menampilkan kreativiti, produktiviti dan imaginasi unik mereka.