Ingatkan tidur sebab penat bermain dengan abang, bayi 4 bulan tiada simptom apa-apa meninggal Covid-19

Ingatkan tidur sebab penat bermain dengan abang, bayi 4 bulan tiada simptom apa-apa meninggal Covid-19

 

Siapa tidak gembira apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan lahir dalam keadaan sihat serta sempurna. Hari-hari pastinya terasa sangat bahagia kerana lengkap sudah kehidupan dalam berumah tangga.

Namun, siapa sangka, anak yang baru sahaja berusia 4 bulan telah dipanggil oleh Maha Pencipta secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda ataupun simptom.

Tak sakit, tak ada simptom langsung

Hal ini samalah seperti perkongsian yang begitu menyebakkan dari pengguna Twitter dikenali sebagai Aainaa Mazlan apabila anak keduanya yang baru berusia 4 bulan 2 hari meninggal dunia disebabkan pandemik.

Apa yang membuatkannya berasa ralat adalah disebabkan tiada sebarang simptom dikesan kerana bayi tersebut sempat bermain-main bersama abangnya sebelum tertidur dan tidak sedarkan diri ketika dikejut untuk minum susu.

Tertidur lepas bermain, ingatkan penat

Menurutnya, pada awalnya mereka keluar untuk memberi barang kuih raya. Namun anak-anak hanya duduk di dalam kereta sambil ditemani nenek mereka.

Ketika itu, baby dan abangnya bermain berdua tanpa menunjukan sebarang simptom tidak sihat. Sehinggalah kedua-dua mereka tertidur dan Aainaa menyangka bayinya kepenatan.

Kejut tak bangun2

Akan tetapi, anaknya langsung tidak memberi respon apabila dikejut setelah sampai ke rumah dan matanya juga tertutup serta badan sudah sejuk.

Dia dan suami serta anak sulung telah segera bergegas membawa bayinya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Doktor yang merawat telah memintanya untuk melakukan bantuan pernafasan (PCR) secara berterusan namun tetap tidak mempunyai respon.

Segera bawa ke hospital

Selepas beberapa kali menghubungi hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, akhirnya mereka mengambil keputusan membawa bayi mereka ke hospital Sungai Buloh.

Tiba2 di ICU doktor tanya ada ke yang positif ?

 

Setibanya disana, bayi telah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU). Namun, selepas beberapa minit menerima rawatan, doktor memaklumkan yang anaknya positif Covid-19 tanpa simptom.

Apa yang membuatkan mereka pelik adalah tiada seorang pun diantara mereka yang positif sehinggalah masing-masing melakukan swab test dan dia serta anak sulungnya juga positif.

 

Ahli keluarga sedih namun reda

Walau bagaimanapun, wanita itu mengakui reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T. Mereka sekeluarga berasa lega kerana pemergian anak syurga mereka begitu mudah dan tenang.

Allahyarham bayinya juga telah dikebumikan mengikut prosedur seperti pesakit Covid yang lain dan diuruskan oleh suami, bapa serta beberapa wakil lagi dengan lengkap berpakaian PPE.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meluahkan rasa sebak diatas pemergian anak kepada Aainaa Mazlan itu.

Mereka juga mendoakan agar bayi tersebut menjadi punca ibu bapanya sama-sama ke syurga kelak dan turut mengakui yang pandemik ini masih belum berakhir.

Jadi, setiap orang perlu lebih berhati-hati walaupun kes penularan telah menurun serta banyak kelonggaran yang sudah diberikan oleh kerajaan dalam memulakan fasa peralihan endemik.