“Ingatkan nenek mana..” – Bergambar bersama Che Ta, penampilan Fathia Latiff buat netizen terkejut

“Ingatkan nenek mana..” – Bergambar bersama Che Ta, penampilan Fathia Latiff buat netizen terkejut

 

Kelibat pelakon Fathia Latiff ketika menghadiri ke acara rumah terbuka kenalannya baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Netizen meluahkan rasa pelik dengan wajah Fathia atau Nur Fatiya Abdul Latif, 37, yang kelihatan bengkak dan lebih berusia berbanding umur sebenar.

Malah ada membandingkan wajah pelakon itu dengan Rozita Che Wan ketika mereka mengambil gambar bersama.

Dalam video tersebut, Fathia mengenakan baju berwarna beige sambil tersenyum ketika berdiri di belakang Rozita untuk mengambil gambar.

@rosixomar25

Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #rozitachewan

♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

Pada awalnya ramai tidak perasan wanita tersebut adalah Fathia kerana wajahnya kelihatan cukup berbeza.

Menjengah ke ruang komen, ramai terkejut melihat wajah sebenar aktres itu kerana sebelum ini Fathia menggunakan filter di laman sosial miliknya.

“Dia salah buat muka, terlalu ubah-ubah. Itu yang selalu guna filter untuk tutup.

“Terkejut tengok muka Fathia, keras kejung senyuman macam buat botoks. Fathia nampak macam makcik Che Ta, nampak tua sangat,” antara komen netizen.

Sejak Januari lalu, Fathia menjadi bualan ramai apabila kerap berkongsi luahan dan pendapat di media sosial yang mengundang kontroversi.

Ini termasuk menyamakan wajah aktres Zahirah seperti pembantu rumah.

Tidak cukup dengan itu, Fathia turut menyerang bekas teman lelakinya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza yang juga suami kepada Zahirah.

Dalam beberapa siri luahan, Fathia mendakwa Aiman masih menyayanginya dan meminta pelakon itu memohon maaf.

Fathia turut ‘berperang’ mulut dengan bekas teman baiknya iaitu Zarina Anjoulie.