“Ingatkan kat Kelantan” – Bantu bina telaga di Uganda, netizen perli Adun PAS
Walaupun sudah berada di tahun 2024, sebahagian warga tempatan yang masih mengalami masalah ketiadaan sumber air yang bersih di negeri yang didudukinya.
Baru-baru ini, tindakan seorang Adun PAS yang menyertai sebuah bantuan kemanusiaan di Uganda meraih perhatian orang ramai apabila beliau didapati menyediakan sebuah telaga untuk kegunaan warga setempat di sana.
Difahamkan beliau bersama pasukan PAS Relief dan NGO Warga Cakna telah melawat ke Uganda dalam misi melaksanakan ibadah korban dan juga menyediakan telaga di sana pada 16 Jun hingga 19 Jun lalu.
Walaupun adun PAS itu hanya mahu berkongsi tentang kejayaan membina sebuah telaga tiub sebagai sumber air bersih di sebuah perkampungan pedalaman Uganda dan beranggapan akan menerima respons positif, ternyata reaksi yang diterima adalah sebaliknya dari netizen.
Air adalah kehidupan.
Di sebuah kampung pendalaman Uganda, di sini mereka tiada bekalan air bersih. Siapnya sebuah telaga tiub sumbangan PAS Relief dan NGO Warga Cakna memberikan sinar berharga buat penduduk muslim di sini.
Mari anak-anak, Pok Cik Man basuh muka 🥹 pic.twitter.com/DGLOLyOu8q
— Dr Azman Ibrahim (@Dr_AzmanIbrahim) June 19, 2024
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan adun PAS terbabit kerana dilihat lebih mengutamakan kepentingan rakyat di luar negara walhal penduduk setempat di dalam negara sendiri masih menghadapi masalah sumber air bersih.
Ramai merasakan alangkah lebib baik jika pembinaan telaga itu dibuat di negeri-negeri yang terkesan seperti di Kelantan dan Terengganu kerana manfaat berbalik kepada rakyat sendiri.
Malah, ada rakyat yang terkesan berkongsi video memperlihatkan saluran air yang diterima terus ke paip sangat berkarat sekaligus boleh memberi mudarat kepada pengguna pula.