“Ingat Solehah, rupanya Solehin” – Lelaki kecewa ingin melamar ‘gadis’ rupanya mak nyah

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya sewaktu menggunakan aplikasi mencari jodoh ‘online’.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Gumay itu mendedahkan ada terpikat dengan seorang ‘wanita’ yang berjaya mencuri hatinya.
Bertemu insan istimewa di menerusi aplikasi cari jodoh
Namun apa yang menghairankan adalah setiap kali diajak berjumpa, wanita yang disifatkan sebagai manis itu pada awalnya berasa segan dan mengakui bahawa dirinya tidak secantik gambar profilnya.
Mahu hubungan serius, ajak berjumpa
Bagaimanapun Gumay menegaskan bahawa dia tidak kisah kerana lebih mementingkan akhlak seseorang berbanding paras rupa. Akhirnya, wanita itu setuju untuk berjumpa.
Masa yang ditunggu pun tiba dan mereka pun bertentang mata secara berhadapan. Malangnya, alangkah kecewa hati Gumay tatkala mengetahui status sebenar wanita pujaan hatinya itu.
Ingatkan solehah, rupanya solihin!
Rupa-rupanya, insan yang ingin dijadikan suri hatinya itu merupakan seorang ‘mak nyah’ malah wajahnya juga sangat berbeza dengan gambar yang digunakan pada aplikasi mencari jodoh tersebut.
@gumay9 kisah nyata,, yg kuingin wanita sholeha ternyata dapetnya solihunn😭😭😭 #kecewa #breakheart #putuscinta #kisahnyata #waria #transgender #fyp
Malah, lelaki itu sempat berseloroh menyatakan ‘ku ingin wanita solehah tetapi apa yang dapat solihin’.
Kecewa ditipu sebab betul2 niat nak kahwin
Dalam perkongsian lain, Gumay turut memberitahu betapa sedihnya dirinya lebih-lebih lagi kerana niatnya ikhlas ingin mengajak ‘wanita’ tersebut untuk berkahwin.
Dia juga menjelaskan berasa tertipu dengan helah individu tersebut yang menggunakan suara lain ketika ‘video call’.
@gumay9 Balas @intan_makeup #fyp #kisahnyata #love #brokenheart😭💔 #menikah
Perkongsian Gumay meraih pelbagai reaksi daripada netizen, ramai yang sedih dan ada juga yang terhibur mengetahui kisahnya.
Dalam pada itu, rata-rata mereka mendoakan agar lelaki malang itu bertemu jodoh yang terbaik di masa akan datang.
Semoga bertemu yang terbaik kelak
Hati2 zaman sekarang, ramai wanita ‘palsu’
Nak sedih tak jadi
Jadikan pengajaran ya
Sabarlah ini semua ujian
Dekatkan diri kepada Allah
Bukan solehah, tapi dapat Solehuddin
Dunia tipu2
Sumber: Borak Daily & TikTok @gumay9