“Ingat Ruminah Sidek..”, Gambar yang peminat cilik ini bawa untuk ditandatangan Aina Abdul buat netizen ketawa

“Ingat Ruminah Sidek..”, Gambar yang peminat cilik ini bawa untuk ditandatangan Aina Abdul buat netizen ketawa

 

Penyanyi yang dikenali ramai, iaitu Aina Abdul merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti satu Malaysia sudah mengenali beliau.

Kini namanya melonjak naik ke tahap yang lebih tinggi, kerana bakatnya dalam bidang nyanyian serta menulis lagu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Aina Abdul juga, dikenali dengan fesyen yang diluar jangkaan serta fesyen Aina sering menjadi tumpuan orang ramai. Aina adalah antara selebriti yang berani mencuba pelbagai jenis silhouette fesyen, di mana tidak ramai selebriti yang berani untuk mencubanya.

Bukan itu sahaja, malah setiap hasil karya lagu ciptaannya juga membawa maksud yang mendalam serta muzik videonya juga mempunyai maksud dan makna yang tersendiri.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @aidilbahri yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 11 ribu, tanda suka sebanyak 975 dan sebanyak 54 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aina Abdul yang menghadiri perjumpaan peminat sebagai finalis bagi mempromosikan pertandingan anugerah juara lagu. Namun, yang menarik perhatian adalah ketika sesi tandatangan bersama seorang peminat cilik yang membawa gambar lama Aina Abdul yang pernah membintangi satu drama suatu ketika dahulu.

“Kenapa suka yang ni, banyak lagi look kak Aina yang lain” – kata Aina Abdul

@aidildbahri

Comel ehhh @Aina Abdul #AJL38 #JMRI

♬ Jangan Mati Rasa Itu – Aina Abdul

Apa-apa pun, itu hanyalah gurau senda Aina Abdul bersama peminatnya. Semoga AJL akan datang ini, Aina Abdul dapat membawa kemenangan di dalam mana-mana kategori yang disediakan.