‘Ingat kapal terbang RC, rupanya ayam terbang’

‘Ingat kapal terbang RC, rupanya ayam terbang’

Foto aksi seekor ayam jantan terbang menyerupai sebuah dron menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh seorang individu di Facebook hari ini.

Gambar yang dimuat naik oleh Andrian Tan itu memapar seekor ayam jantan berwarna putih berkepala merah terbang dipercayai melintasi sebatang jalan raya.

Bagaimanapun lokasi sebenar kejadian tersebut tidak dinyatakan. “Mula-mula ingat kapal terbang RC, pastu ingatkan burung, rupanya a chicken! A flying chicken,” tulis Andrian di Facebooknya.

Aksi terbang ayam jantan itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang menyangka ia sebuah dron yang sedang diterbangkan.

Seorang netizen, Skydilz Skynetz berkata, aksi ayam terbang tersebut sememangnya perkara biasa dilakukan oleh haiwan itu untuk beralih dari satu tempat ke tempat yang lain.

“Memang kadang-kadang ayam akan terbang cari dahan untuk tidur atau lepak. Banyak boleh tengok ayam yang dibela dekat dengan kawasan hutan sebab nak elak pemangsa. Tuan pula tidak sediakan reban,” tulisnya.

Seorang lagi natizen yang menggunakan akaun Cik Nan Perodua berkata, pengalamannya sebelum ini yang pernah terkena situasi seperti itu apabila ada ayam terbang melanggar bonet keretanya sehingga kemek.

“Aku pernah kena. Kereta baru je lepas polish. Sekali chicken jantan melintas jalan. Terbang macam ni la. Langgar bonet kereta aku. Kemek juga, dia cun je jalan kaki ayam pula.

“Lepas terbang langgar kereta aku, nasib la. Sampai hari ni aku tak baiki lagi yang kemek tu,” katanya.

Sumber: Kosmo