“Ingat, aku pernah selamatkan kau..” – Baru saja buat status di IG, Shuib bongkar cerita sebenar tentang Ajak Shiro

“Ingat, aku pernah selamatkan kau..” – Baru saja buat status di IG, Shuib bongkar cerita sebenar tentang Ajak Shiro

 

Pelawak, Shuib Sepahtu menyelamatkan sahabatnya yang juga pelawak, Ajak Shiro yang pernah terkandas di sebuah pulau menggunakan helikopter.

Kejadian itu dikongsikan Shuib menerusi Instagramnya dalam satu video memaparkan dirinya berada di dalam helikopter yang berlegar di atas pulau berbatu.

“Selamat hari lahir sahabat, Ajak Shiro. Yang baik-baik untuk kau dunia dan akhirat. Ingat, aku pernah selamatkan kau semasa kau terkandas di pulau. Terus sukses dunia akhirat,” tulisnya.

Hantaran Shuib itu menerima komen daripada Ajak yang mengucapkan terima kasih atas jasa sahabatnya itu.

“Terima kasih Eib (Shuib). Terima kasih selamatkan aku. Semoga persahabatan kekal hingga tutup mata. Aku sayang kau Syeikh,” tulis Ajak.

Hantaran itu turut di komen beberapa rakan artis dan selebriti antaranya, Sharifah Shahirah dan DJ Lin.