Influencer TikTok terkenal dedah pernah ditawar RM500,000 untuk jadi ‘anak ikan’ sugar mummy

Influencer TikTok terkenal dedah pernah ditawar RM500,000 untuk jadi ‘anak ikan’ sugar mummy

 

Pempengaruh media sosial, Aizat Saha mendedahkan dirinya pernah menerima mesej nakal daripada beberapa individu menerusi direct message (DM) di media sosial.

Bukan itu sahaja, Aizat atau nama sebenarnya Mohd Aizat Saharuddin berkata dia juga pernah ditawarkan wang sebanyak RM500,000 oleh seorang ‘sugar mommy’ hanya semata untuk menjadi ‘anak ikan’ kepada individu tersebut.

Menurut Aizat, tawaran tersebut diterimanya selepas namanya mula tular dan menjadi perhatian di TikTok.

Tak dinafikan, saya ada terima mesej nakal tetapi saya tidaklah layan.

Ada sekali itu saya dapat DM dia cakap, ‘Saya sugar mommy lebih kurang macam itu, nak bagi RM500,000. Tolong balas DM saya’.

Tetapi saya tak adalah balas DM tersebut sebab saya bukannya hidup untuk duit dengan cara yang macam itu.

Menurut Aizat, dia sama sekali tidak akan menerima tawaran sebegitu rupa kerana ia datang daripada hasil yang tidak baik.

Bila saya dapat offer itu, saya macam tergamam tetapi tak apalah saya tak akan terima.

Pada saya, duit banyak mana sekalipun tetapi kalau datangnya dari tawaran sebegitu, ia tidak akan menjamin masa depan saya.

Aizat berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis berbuka puasa jenama pakaian HeetamPuteh bersama anak-anak jagaan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) yang diadakan di Dewan Perkahwinan Lanai Asmara, Shaftsbury Square, Putrajaya pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Aizat mengakui berlaku sedikit perubahan dalam kehidupannya selepas mula menjadi ‘viral’ di media sosial dan dikenali ramai.

Kalau nak cakap mengenai perubahan, sekarang ini bila saya keluar ramai yang mula nak bergambar.

Malah ada juga yang hantar DM ucap terima kasih pada saya sebab buat mereka happy dengan ‘content’ yang saya buat.

Saya sangat seronok bila ada yang DM sebegitu sebab ini juga merupakan salah satu impian saya iaitu untuk menggembirakan orang lain.

Nak gembirakan orang ada banyak cara dan mungkin ini adalah cara untuk saya berbuat demikian.