Didakwa hantar gambar lucah kepada remaja, influencer terkenal ditahan polis

Didakwa hantar gambar lucah kepada remaja, influencer terkenal ditahan polis

 

Didakwa hantar gambar lucah kepada remaja, influencer terkenal ditahan polis

Pempengaruh dikenali CEO Batu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.

Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun terbabit hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.

Lelaki itu ditahan reman hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Ya, kami dah siasat,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan CEO Batu dihentam teruk selepas penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej yang didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran Caprice di ‘feed’ dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.

Antara tangkap layar dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dihantar oleh CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.

Selain itu, CEO Batu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu itu.