Influencer berang wanita menggeletis gatal tengok lelaki Pale.stin, “Eh bod0h, rumah dia baru kena bom tau..”

Influencer berang wanita menggeletis gatal tengok lelaki Pale.stin, “Eh bod0h, rumah dia baru kena bom tau..”

 

Selebriti, Hazeman Huzir mengecam tindakan beberapa wanita yang dilihat seolah tidak menjaga sensitiviti dengan isu yang dibicarakan sewaktu sesi siaran langsung di Instagram bersama seorang rakyat Palestin.

Menerusi beberapa komen yang ditinggalkan, katanya beberapa wanita tersebut memuji ketampanan pemuda Palestin itu tanpa menghiraukan topik perbualan yang dibincangkan.

Lagi mengecewakannya, apabila dia mendapati komen-komen tersebut datangnya dari suri rumah dan wanita yang sudah bergelar ibu.

“Aku sangat kecewa dalam live semalam (ruangan komen). Punyalah content-content aku sebelum ni memartabatkan para surirumah dan golongan hawa. Macam ni ke rupa kaum yang aku pertahankan?

“Bukan seorang je perempuan, tetapi ramai ya. Ramai! Aku buka komen section tu untuk pandangan dan soalan bernas. Tapi yang muncul adalah komen wanita-wanita gelenyar dan garik seolah tak pernah nampak jantan dalam hidup,” katanya.

Dia juga mempersoalkan di manakah maruah seorang wanita apabila meninggalkan komen sebegitu.

“Tak malu ke seorang lelaki perlu ingatkan kaum korang untuk turunkan pandangan? Ini baru dekat live IG belum lagi dekat app TT. Aku nampak komen “nak jadi bidadari syurga kepada pejuang”. Siap “pejuang sinsing lengan” became a trending link.

“Pastu bila check profile rupanya mak-mak orang. Maaf kata, kalau nak jadi bidadari syurga, please act like you want to actually enter heaven,”katanya.