Individu ini tuduh Khairul Aming terkenal disebabkan ikut Freemason & berhala yang disembah ramai

Individu ini tuduh Khairul Aming terkenal disebabkan ikut Freemason & berhala yang disembah ramai

 

Disebalik kejayaan seseorang pasti ada yang sakit hati dan dengki dengan mereka. Itulah apa yang mungkin berlaku ke atas seorang influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming yang dituduh sebagai freemason dan berhala.

Tuduhan melampau ini tengah kecoh dekat Twitter sekarang selepas seorang individu dengan akaun Insan Kamil @khalids yang meminta orang ramai menjauhi berhala yang dikatakan adalah Khairul Aming.

Berhala ciptaan Taghut

Khairul Aming adalah salah satu berhala yang disembah ramai. Jauhilah dari menyembah berhala-berhala ciptaan Taghut yang melalaikan manusia kerana tidak ada apa yang dapat berhala ini semua lakukan untuk anda. – Tulisnya.

Rata-rata netizen sudah pasti tidak bersetuju langsung dengan tuduhan ini kerana ia tidak masuk akal dan mendakwa individu terbabit hanya ingin perhatian.