Individu dedah luahan bekas isteri Fariz, kait semula dakwaan ‘penyondol’ dengan Shakilla Khoriri?
Baru sahaja menamatkan zaman janda dengan Fariz Zulkepley semalam, muncul pula individu yang membangkitkan semula kontroversi pelakon Shakilla Khoriri yang didakwa ‘menyondol’ suami orang.
Menerusi hantaran seorang individu yang tular di TikTok, hantaran bekas suami Shakilla, Fizi Ali dan bekas isteri Fariz yang dikenali sebagai Ailanee Josmin dimuatkan dalam sebuah video.
“Mana-mana wanita atau suami akan sakit hati bila orang send gambar bermesra-mesra. Kecuali awak akhir zaman. Sedih ex wife,” tulis individu itu.
Malah, individu itu turut membuat tiga hantaran berbeza mendedahkan situasi yang berlaku antara mereka.
Bukan itu sahaja, individu itu juga menegur Shakilla untuk tidak menggunakan agama semata untuk selamatkan diri daripada kesalahan.
“Untuk ex wife, mungkin ada rasa down sebab ramai salahkan anda. Tapi tak apa Allah ada #exwifefariz #shakillakhoriri #shakillanikah #shakillakahwin.
“Jangan biasa gunakan agama untuk selamatkan situasi Allah larang… Allah buat syurga neraka bersebab untuk kita guna akal.
“Jangan sesekali gunakan agama untuk tutup salah anda. Jangan non muslim anggap kita kejam seolah semua Allah tentukan. Walhal manusia sendiri suka langgar perkara mungkar Allah. Allah Maha Adil,” tulisnya lagi.