Individu dedah guru dianiaya, ‘ponteng’ mengajar 7 bulan sebab perangai pelajar sangat teruk & keras kepala?

Individu dedah guru dianiaya, ‘ponteng’ mengajar 7 bulan sebab perangai pelajar sangat teruk & keras kepala?

 

Semalam, media melaporkan mengenai keputusan mahkamah tinggi membabitkan tiga orang bekas pelajar sebuah sekolah yang menyaman guru bahasa Inggeris mereka gara-gara tidak masuk mengajar selama tempoh 7 bulan.

Difahamkan, ketiga-tiga pelajar itu memenangi saman bernilai RM50,000 setiap seorang setelah guru itu didapati bersalah melanggar hak perlembagaan plaintif di bawah Perkara 5 dan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

Namun, seorang individu tampil membuat pendedahan mengenai kisah ‘sebenar’ tentang apa yang berlaku di sebalik kes tersebut.

Menerusi hantaran tersebut, seorang lagi bekas pelajar membuat kenyataan di mana dia  meminta orang ramai untuk tidak menyalahkan guru tersebut 100% kerana ada kisah di sebaliknya.

Facebook
Facebook
Dalam kenyataan itu, individu berkenaan mendakwa guru berkenaan enggan lagi mengajar di dalam kelas kerana sikap pelajar yang teruk dan buruk.

Dia (cikgu) itu memaklumkan dia tidak mahu lagi masuk ke kelas kerana perangai pelajar. Dia bukannya tidak mengajar selama 7 bulan seperti yang didakwa, ada juga masuk dan beri kerja sekolah seperti kebiasaan.

Sebenarnya pelajar yang bermasalah! Perangai pelajar yang teruk terhadap guru tersebut. Guru itu juga memaklumkan bahawa jika terdapat sebarang masalah mengenai subjek, boleh jumpa di bilik guru.

Menganggap guru tersebut sebagai insan teraniaya, individu berkenaan merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Cikgu Jainal itu sebagai tidak munasabah selain menuduh para pelajar yang menyaman guru itu mempunyai ‘orang dalam’ bagi memfailkan kes.

Di akhir kenyataannya, individu itu berharap guru berkenaan terus bersabar dan yakin bahawa kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.