Individu dedah bekas isteri Shuk Sahar jadi ‘penyondol’, jalin hubungan dengan suami orang?

Individu dedah bekas isteri Shuk Sahar jadi ‘penyondol’, jalin hubungan dengan suami orang?

 

Nama bekas isteri kepada selebriti Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi topik hangat netizen di media sosial susulan pendedahan seorang individu yang mendakwa Rossa menjadi punca keretakan rumah tangga sepasang suami isteri.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story) Jannalisa, mendakwa Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Dah banyak kali peluang diberikan untuk berhenti mengganggu lelaki tersebut tetapi Rossa Sera masih melayan. Dengan alasan lelaki tersebut yang mencari. Memang betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

Dakwa individu itu lagi, isteri lelaki terbabit dan Rossa Sera telah bertemu pada 2 Februari lalu bagi menyelesaikan isu tersebut namun mereka gagal mencapai kata sepakat. Rossa didakwa masih menghubungi lelaki tersebut.

Mereka masih lagi berhubung di belakang isteri sah. Pada 24 Februari 2024, jaminan tadi hanyalah dusta dan semua itu hanya untuk menutupi mata isteri sah. Percintaan Rossa Sera dengan suami orang bersambung di game ya.

Semalam (31 Mac), di hadapan isteri sah dan anak-anak, si suami memilih Rossa Sera berbanding isteri sah. Terima kasih Rossa Sera. Semoga Allah SWT sahaja yang membalas semua ini.

Sementara itu, isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh turut memuat naik satu paparan skrin perbualan dengan seorang individu yang memaklumkan kepadanya tentang isu tersebut.

Fara menafikan tuduhan netizen yang mendakwa bahawa dia adalah ‘dalang’ di sebalik akaun Instagram Jannalisa. Hantaran yang dikongsikan itu telah dipadam oleh Fara.

Menurut OhBulan, netizen mula membanjiri ruangan komen Instagram Rossa Sera dengan menggesa wanita itu untuk menjelaskan perkara sebenar.