Ikut cara ini untuk tukar duit raya di ATM, mudah & pantas

Ikut cara ini untuk tukar duit raya di ATM, mudah & pantas

 

Seperti yang kita semua tahu, Aidilfitri bakal berkunjung tiba tak lama lagi. Salah satu persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang biasa kita semua buat selain membeli atau buat sendiri kuih raya adalah menyediakan duit raya.

Untuk tahun ini, keterujaan dan persediaan itu lain macam sikit. Maklumlah, dua tahun kita ‘peram’ dalam rumah tak dapat sambut hari lebaran semeriah zaman pra-Covid kan. Jadi, kalau boleh, semua persediaan kita nak buat ‘extra’, betul tak?

Sebut mengenai duit raya, memang tak dinafikan adik-adik dan anak buah dah mula ‘menempah’ habuan masing-masing dah. Untuk mengelakkan terjadi perkara yang tidak ‘diingini’ di pagi raya, kita hendaklah menukar duit raya siap-siap lebih awal. Tetapi, melihat rutin harian padat dengan tugasan dan kerja, tak mungkin kita berkesempatan untuk ke kaunter bank untuk urusan menukar duit raya.

Jadi macam mana? Usah khuatir, sebenarnya ada cara nak menukar duit raya dengan lebih mudah. Singgah di ATM je, pun dah boleh dah tau. Cara ini juga boleh mengurangkan kesesakan di dalam bank dan kita lebih terlindung daripada risiko jangkitan virus Covid-19.

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh Mohd Shukor menerusi laman Facebook miliknya. Caranya sangat mudah, paling penting anda perlu ke mana-mana cawangan Maybank yang menyediakan mesin ATM untuk pertukaran wang hari raya.

Jadi, jom ikut cara tukar duit raya di mesin ATM seperti di bawah.

Mungkin ada yang tak tahu lagi, saya share cara tukar duit raya baru:

1. Pergi ke Maybank yang besar sikit (selected branch).

Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yang boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.

2. Pilih ATM yang ada papan tanda gambar tiga orang pakai baju Melayu sedang pegang duit raya (seperti gambar).

3. Semua duit dalam mesin ATM tu ialah wang kertas bernilai RM10 yang masih baru. Tekan withdraw dan pilih amount.

4. Maksimum jumlah untuk satu transaksi ialah RM300. Jadi, jika anda mahu sebanyak 60 keping wang kertas RM10 yang baru, perlu lakukan sebanyak dua kali transaksi.

5. Mudahkan? Sampul duit raya pula boleh minta dekat pegawai yang jaga kaunter depan itu.

COMMENTS