Iklan kreatif AEON ‘sindir’ geng Honda Civic FC bikin netizen terhibur

Iklan kreatif AEON ‘sindir’ geng Honda Civic FC bikin netizen terhibur

 

Pada zaman penggunaan media sosial serba meluas waktu ini, pihak marketing bersungguh-sungguh cuba menghasilkan konten pemasaran yang santai serta ‘dekat dengan netizen’ agar mudah orang ramai kaitkan isu semasa dengan kehidupan sebenar.

Terbaharu, media sosial AEON Retail Malaysia (AEON) telah memuat naik satu hantaran ‘menyindir’ kelab kereta Honda Civic FC yang mencetuskan kritikan orang ramai apabila meletakkan kenderaan beramai-ramai di lorong kecemasan Jalan Pintas Temiang pada minggu lalu.

Dalam hantaran AEON tersebut, mereka memberikan ‘pesanan’ kepada orang ramai agar meletakkan kereta di ruangan parkir pasar raya itu dalam keadaan yang teratur dan bersivik.

Pada masa sama, pasar raya yang mempunyai kira-kira 62 buah cawangan di negara ini turut mempromosikan secara tidak langsung kereta permainan Hot Wheels yang ada dijual oleh mereka.

Image from AEON Retail Malaysia (Facebook)

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK AEON RETAIL MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK AEON RETAIL MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK AEON RETAIL MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK AEON RETAIL MALAYSIA

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK AEON RETAIL MALAYSIA

Hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang terhibur dengan ‘mesej’ yang cuba disampaikan oleh AEON menerusi hantaran gambar grafik tersebut.

Tambah netizen lagi, mereka memuji pasukan marketing AEON ‘up-to-date‘ dengan perkembangan semasa dalam menghasilkan iklan pemasaran yang kreatif serta dapat menarik perhatian orang ramai.