Ibu tunggal dapat motor Y15 & suami kongsi suasana hadiri mahkamah syariah

Ibu tunggal dapat motor Y15 & suami kongsi suasana hadiri mahkamah syariah

 

Seperti diketahui umum, kisah menyayat hati ibu tunggal muda yang hanya dikenali sebagai Emy tular selepas dibantu Ustaz Ebit Lew.

Demi menyara kehidupan diri dan anaknya di kota raya Kuala Lumpur, dia mencari rezeki sebagai pembantu restoran sambil menjadi penghantar makanan pejalan kaki sebagai kerja sampingan.

Justeru, hadiah motor diharapkan dapat memudahkan urusan hariannya.

@ustazebitlew

Hadiahkan motor Y15 Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Suami dah lama terpisah#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp

♬ Satu Rasa Cinta – Arief

Kami masih baik, sama-sama uruskan anak…jangan salah faham ya

Namun selepas penangan viral, status mengenai wanita berusia 23 tahun itu dibidas pula oleh seorang individu di laman Instagram. Ujarnya, hubungan mereka masih lagi sebagai suami isteri yang sah ketika Emy dibantu oleh team sukarelawan Ebit Lew kelmarin. Malah dia juga sama-sama bantu menguruskan anak, sekali gus meminta agar netizen jangan salah faham.

Kelmarin Dapat Motor, Harini Emy & Suami Muat Naik Video Di Mahkamah Syariah?

Emy & suami curi perhatian hadir ke mahkamah syariah petang ini

Terbaru, Emy dan suaminya sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik video suasana di dalam mahkamah syariah di Kuala Lumpur melalui IG Story masing-masing.

Bagaimanapun mereka dilihat tidak duduk di kerusi yang sama, sebaliknya bertentangan antara satu sama lain sambil menanti keputusan daripada hakim.

Kelmarin Dapat Motor, Harini Emy & Suami Muat Naik Video Di Mahkamah Syariah?

Kelmarin Dapat Motor, Harini Emy & Suami Muat Naik Video Di Mahkamah Syariah?

Kelmarin Dapat Motor, Harini Emy & Suami Muat Naik Video Di Mahkamah Syariah?

Kahwin sejak 2 tahun lepas…dikurniakan seorang puteri sebagai penyeri rumah tangga

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali perkahwinan pada 12 Julai 2020.

Sepanjang tempoh perkahwinan berikut, mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini sudah masuk usia setahun lebih.

Menurut portal mStar Online pula, difahamkan Emy kini menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai.

Kelmarin Dapat Motor, Harini Emy & Suami Muat Naik Video Di Mahkamah Syariah?