Ibu sanggup keluarkan RM25,000 simpanan Tabung Haji konon ditahan polis, rupa-rupanya anak menipu

Ibu sanggup keluarkan RM25,000 simpanan Tabung Haji konon ditahan polis, rupa-rupanya anak menipu

 

Taktik seorang anak terbongkar apabila dia berkomplot dengan rakan sekolah kononnya ditangkap oleh pihak polis.

Ibu yang teraniaya itu sanggup mengeluarkan simpanan Tabung Haji sebanyak RM25,000 demi membayar saman kepada polis.

Pada mulanya, mangsa yang bekerja sebagai pembantu klinik mendapati anaknya, Munir tidak pulang ke rumah beberapa hari.

Kemudian, dia diberitahu oleh rakan Munir iaitu Acap, bahawa anaknya telah ditahan di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan dan perlu memberikan wang sebanyak RM25,000 untuk membebaskan anaknya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, selain Acap dan Munir, ada seorang lagi lelaki yang telah menyamar sebagai anggota polis.

Dalam kejadian ini seorang lagi lelaki berusia 29 tahun juga rakan kepada kedua-dua remaja ini telah terlibat dan memainkan peranan menyamar sebagai anggota polis untuk memperdayakan mangsa.

Selang beberapa hari selepas itu, mangsa telah pergi ke Tabung Haji cawangan Masjid Tanah untuk mengeluarkan wang berjumlah RM25,000 untuk diserahkan secara tunai kepada Acap lalu Munir pun pulang ke rumahnya.

Namun, penipuan ini terbongkar apabila si ibu membuat semakan di balai polis melalui adik iparnya tetapi tiada rekod menyatakan Munir pernah ditangkap.

Rasa teraniaya dengan kelakuan anak sendiri, mangsa yang berusia 58 tahun telah membuat laporan polis.

Pihak polis telah pun menahan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Sanggup si anak komplot dengan kawan untuk tipu mak sendiri…