Ibu maut, anak cedera kemalangan 2 kereta

Ibu maut, anak cedera kemalangan 2 kereta

 

Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Besar Kampung Tersusun Salak Baru, di sini hari ini.

Nahas tersebut menyebabkan mangsa, Nurul Yasmin Irana Abd. Rahim, 35, yang memandu kereta jenis Perodua Kancil parah dan maut di tempat kejadian manakala anak mangsa berusia lima tahun yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput (BBP), Mohd. Azizi Zakaria berkata, sepasukan anggota dari BBP Sungai Siput dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 1.41 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati kemalangan itu membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah kereta jenis Hyundai Sonata.

“Pemandu kereta Kancil didapati tersepit di bahagian tempat duduk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Anggota segera menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan ‘rescue tool’ dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sumber: Kosmo